Beruang berjalan hampir dengan pengunjung, saiz yang besar buat gementar

Beruang adalah seekor haiwan yang sangat comel dalam bentuk patung. Patung beruang berwarna coklat adalah salah satu patung paling universal, sehingga boleh dikatakan setiap rumah yang mempunyai kanak-kanak memilikinya.

Namun oleh kerana telah terbiasa memikirkan rupa haiwan tersebut dalam bentuk patung yang comel, ramai yang terlupa bahawa haiwan berkenaan sebenarnya sangat besar dan menakutkan.

Sebuah video yang tular baru-baru ini telah membuat ramai netizen menggel3tar lutut melihat seekor beruang berjalan berhampiran beberapa individu, secara tidak langsung membandingkan saiz haiwan itu yang besar dengan saiz orang dewasa yang cukup berbeza.

Dalam video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dan kini telah meraih 4.6 juta tontonan, beberapa individu mengunjungi taman beruang apabila seekor beruang muncul dari belakang mereka ketika mereka berkumpul di laluan masuk.

Haiwan itu melangkah gagah dengan langkah yang berat sementara kapten kumpulan pelawat itu cuba menenangkan keadaan dengan memanggil beruang berkenaan.

Beruang perang tersebut kemudian terus menuju ke arah laluan masuk sebelum berhenti sebentar di hadapan papan tanda dan berpatah balik seperti dia terlupa sesuatu.

Video tersebut membuat ramai tidak percaya betapa besar saiz haiwan berkenaan di samping terhibur melihat gelagatnya.

“Aku akan pengsan…”

“Aku tidak akan dapat kawal diri dari cuba usap beruang tu…”

“Dia cuma datang untuk tengok gambar dia masih ada tak…”

“Aku akan cabut lari macam watak dalam Scooby Doo…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*