Gelagat Kucing Nak Garu Tak Sampai Bikin Berdekah, “Pasrah Kucing Tu…”

Setiap pemilik kucing tentunya mahu memberikan yang terbaik untuk kucing yang dipelihara oleh mereka. Sampaikan ada yang sanggup berhabis duit dalam menyediakan keperluan yang pelbagai untuk kebahagiaan kucing yang dibela.

Baru-baru ini pula, gelagat seekor kucing yang comel ini menarik perhatian ramai apabila dia tidak dapat menggaru badannya. Semuanya gara-gara berat badannya yang berlebihan dan menyukarkannya untuk menggaru badan sendiri.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat kucingnya yang sedang berjalan itu. Turut dapat dilihat, kucing itu sememangnya lebih besar dari saiz kucing biasa dengan perutnya yang besar berbanding kucing lain.

Kucing itu kemudian cuba menggaru telinganya namun tidak berjaya gara-gara saiz badannya yang terlalu besar. Malah kakinya juga tidak sampai untuk menggaru telinganya itu sekaligus membuatkan pemiliknya turut berdekah dibuatnya.

 

Pemiliknya juga sempat berseloroh inilah yang berlaku apabila kucing itu semakin membesar dari hari ke hari. Kucing itu kemudiannya kembali berjalan seperti biasa dan memandang pemiliknya itu dengan reaksi wajahnya yang selamba selepas mendengarnya ketawa.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat kucing itu. Ada juga yang berseloroh mahu membantunya untuk menggaru telinganya itu kerana kesian melihatnya tidak dapat melakukannya sendiri.

“Aku syak dia nak garu guna dinding tu tapi sebab kau rakam.”

gelagat kucing nak

“Anggap lah aku bantuan untuk garu tu kucing.”

kucing

“Pasrah kucing tu.”

komen

“Cukupkan syarat je sebab kucing lain pun menggaru, dia nak jugak.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*