Lelaki Kongsi Cara Mudah Kupas Jagung Dengan Gunting, “Wah Tak Terfikir…”

Mungkin anda pernah melihat bermacam-macam petua masakan yang dikongsikan di media sosial. Sama macam petua atau tips yang dikongsikan ini tentang cara mengupas jagung dengan cara yang paling mudah menggunakan gunting.

Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari lima juta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut sama tidak menyangka ada cara yang lebih mudah untuk mengupas jagung seperti yang dikongsikan lelaki ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu menunjukkan beberapa cara yang selalu digunakan untuk mengupas jagung. Kebiasaannya, ada yang menggunakan pisau atau tangan untuk mengeluarkan biji jagung untuk membuat bubur dan sebagainya.

Namun sebenarnya, ada cara yang lebih mudah untuk melakukannya iaitu dengan menggunakan gunting seperti yang diajar oleh lelaki ini. Lelaki itu kemudian mengambil gunting dan mencucuknya di bahagian tongkol jagung untuk memotongnya kepada dua bahagian.

 

Selepas selamat dipotong, biji jagung dapat dikeluarkan dengan mudah hanya menggunakan tangan sahaja. Bukan sahaja mudah malah biji jagung juga dapat dikeluarkan dengan keadaan yang sempurna tanpa pecah atau terlalu kecil.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama tertarik dengan tips yang dikongsikan oleh lelaki ini. Ada juga yang memberitahu tips seperti inilah yang seharusnya dikongsikan untuk memudahkan orang ramai menikmati jagung dengan mudah.

“Sia-sia jagung aku selama ni. Kenapa baru sekarang? Dah 55 tahun mak aku hidup…”

lelaki kongsi cara

“Video macam ni lah yang patut masuk group mak-mak kita bukannya video petua merapu.”

jagung

“Maksudnya 17 tahun aku hidup dah banyak lah aku bazir jagung.”

komen

“Wah.. tak terfikir.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*