[Vide0] Lelaki masuk ke ruang tuntutan bagasi, terper4ngkap atas mesin konveyor bikin geli hati

Sebuah video yang tular di Twitter baru-baru ini menunjukkan tindakan seorang lelaki masuk ke ruang tuntutan bagasi untuk memasuki pesawat secara rahsia sebelum terperangkap dan tidak dapat keluar.

Dalam rakaman CCTV yang telah meraih hampir 1 juta tontonan, seorang lelaki dilihat naik ke atas mesin konveyor yang sedang bergerak menghantar beg ke pesawat tertentu.

Selepas mendapatkan beg sandangnya, lelaki tersebut cuba berjalan di atas mesin yang sedang bergerak itu dalam arah bertentangan menyebabkan dia tidak dapat mengawal pergerakkannya.

Lelaki itu akhirnya terjatuh sementara begnya pula tersangkut pada besi penghadang yang mana dia cuba sedaya upaya untuk bertahan padanya.

Sementara dia cuba menahan diri dari dibawa oleh mesin konveyor, kasutnya juga tertanggal sebelum begnya akhirnya terlepas dan dia terus dibawa laju oleh arus mesin berkenaan.

Melalui kamera pengawasan berbeza, lelaki tersebut dilihat hanya mampu duduk d atas mesin yang sedang bergerak itu malah kasutnya lagi sebelah juga telah tertanggal, membuat netizen geli hati menonton adegan itu.

“Kat bandar mana dia berakhir…”

“Otot2 dia mesti sakit…”

“Jangan cuba masuk pesawat ikut jalan ni…”

“Dia berjaya keluar tak?”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*