Lelaki Buka Selipar Sebelum Masuk Kedai, “Lama Sangat Duduk Rumah…”

Memandangkan telah banyak masa yang dihabiskan di rumah, tentunya ada yang berasa kek0k setiap kali keluar rumah. Sama macam gelagat seorang lelaki ini yang dilihat membuka selipar yang dipakainya sebelum memasuki sebuah kedai baru-baru ini.

Gelagatnya itu turut membuatkan rata-rata netizen turut berdekah melihatnya apabila dia secara tidak sedar membuka selipar yang dipakai. Malah lelaki itu juga turut kelihatan malu sebaik sahaja sedar dengan apa yang dilakukannya itu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat sedang berada di luar kedai sambil melakukan pengesahan QR Code. Tidak lama selepas itu, dia membuka pintu kedai dan membuka selipar yang dipakainya sebelum memasuki kedai itu.

Sebaik sahaja sedar dengan kelakuannya itu, lelaki itu kembali memakai seliparnya itu sambil cuba menahan ketawanya. Malah dia juga kelihatan malu sambil memegang kepalanya seolah-olah menyes4l dengan apa yang berlaku.

Dalam masa yang sama, gelagatnya itu turut diperhatikan oleh si adik yang turut merakamkan gelagatnya dari dalam kereta. Melihatkan gelagat selambanya ini, netizen turut berseloroh mungkin juga ini kesannya apabila terlalu lama menghabiskan masa di rumah.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat spontan yang dikongsikan ini. Ada juga yang menganggap mungkin lelaki itu sudah terbiasa berada di rumah dan terbiasa membuka selipar dahulu sebelum memasukinya.

“Tengok cara abang ni mesti kaki masjid…”

lelaki buka selipar

“Pastu naik kereta, selipar tinggal luar kereta. Sampai rumah baru perasan takde selipar…”

selipar

“Adoi lama sangat duduk rumah dah tak reti masuk.”

komen

“Sopan sangat ni.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*