OKU Bukan Pengh4lang, Netizen Kagum Keg1gihan Wanita Ini Berniaga ‘Live’ Guna Bahasa Isyarat

Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat sudah menjadi kebiasaan buat para peniaga mempromosikan produk yang ditawarkan menerusi Facebook Live. Mempunyai jumlah pengguna yang ramai serta mudah untuk dikongsikan pada Facebook Group antara yang membuatkan medium ini menjadi pilihan.

Di sebalik pelbagai cara yang digunakan orang ramai menerusi platform Facebook Live, para netizen nampaknya tertarik dengan usaha wanita ini yang menggunakan bahasa isyarat dalam mempromosikan kudap-kudap daripada jenama Chemilan.

Sepanjang live selama hampir sejam yang dibuat, wanita ini dilihat mempromosikan pelbagai produk yang seperti cookies, popcorn dan juga sambal goreng crunchy di bawah rangkaian jenama yang ditawarkan.

Usahanya untuk menjalankan Facebook Live nampaknya turut membuatkan orang ramai bangga dengan usaha gigih dan kec3kalan wanita ini sekaligus membuatkan para netizen mendoakan agar wanita ini dimurahkan rezeki.

Komen Netizen:

Usaha yang ditunjukkan wanita ini secara tidak langsung membuktikan Orang Kur4ng Up4ya (OKU) juga mampu berniaga dengan cara mereka tersendiri. Buat anda yang berminat untuk menyokong produk yang ditawarkan wanita ini, anda boleh lawati laman Facebook beliau.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Vocket

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*