Buat 2 kerja demi sara bapa str0k… pemuda ini tak pernah berdepan g4ngguan, cuma leher dig1git semut ketika bertugas jadi guard

TAK pernah memilih kerja, sebaliknya jejaka berusia 20 tahun ini mahu mencari rezeki halal demi menampung kehidupan.

Menurut Wan Muhammad Nassran Wan Abd Rahim, dia sudah mencuba beberapa pekerjaan sejak menamatkan persekolahan termasuklah sebagai pengawal keselamatan.

Pernah berasa m4lu pada peringkat awal, namun sokongan padu ahli keluarga serta pengikut di TikTok membuatkan dia yakin dan percaya dengan apa yang dilakukannya.

naz2

Naz tidak kisah melakukan apa saja pekerjaan asalkan ia rezeki halal.

“Saya berasal dari Perlis, kini merantau di Pulau Pinang untuk bekerja. Awalnya dulu saya pernah bekerja di restoran McDonald’s. Kemudian saya bekerja sebagai pembantu jualan di pusat beli belah.

“Selepas itu saya jadi promoter penapis air. Disebabkan p4ndem1k C0vldl9, saya hanya mampu bertahan selama enam bulan saja.

“Kemudian saya ambil upah promo barang di TikTok sebab saya ada lebih 100,000 pengikut. Tapi TikTok saya kena padam dan hilang terus.

“Sekarang saya buat dua kerja. Saya kerja McDonald’s balik, pada hari cuti pula saya jadi pengawal keselamatan di sebuah sekolah iaitu Kolej Tingkatan Enam yang terletak berhadapan rumah sewa saya,” ujarnya kepada mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Mesra disapa Naz, dia mengakui pada awalnya cuba mer4hsiakan pekerjaan terbaharunya sebagai pengawal keselamatan kerana ris4u dengan cakap-cakap orang.

Namun kata Naz, dia sedar bahawa tiada apa yang perlu disembunyikan memandangkan dia melakukan pekerjaan halal dan ia turut mendapat restu keluarganya.

Apa yang saya buat, ini untuk famili. Abah saya str0k, dah lapan tahun terbaring di atas katil.

NAZ

“Seminggu saya mula kerja guard, saya rasa segan nak kongsi di media sosial. Sebab usia saya pun masih muda, macam tak sesuai.

“Tapi famili semua bagi sokongan. Mereka kata bagus, asalkan halal. Dari situ saya dapat kekuatan untuk berkongsi di media sosial.

“Kalau ada orang nak kec4m, saya tak kisah. Tapi Alhamdulillah ramai yang bagi sokongan. Ia membuatkan saya gembira untuk teruskan kerja ini,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu.

Selain sokongan netizen di TikTok, ramai anak muda turut menghubungi Naz dan bertanyakan mengenai pekerjaan itu.

naz1

Kata Naz, dia mahu membahagiakan kedua ibu bapanya.

Jelas Naz, dia gembira melihat orang muda mula membuka mata dan tidak memilih kerja khususnya dalam tempoh getir sejak p4ndem1k C0vldl9 mel4nda.

“Lepas saya kongsi di media sosial, ramai juga anak muda yang tiba-tiba rasa nak kerja sebagai guard. Zaman sekarang sangat krltik4l. Kita tak patut pilih kerja.

“Kita sahut saja semua cabaran, telan saja… sebab asal benda boleh jadi duit untuk teruskan hidup, kita terima. Tak kisah kerja apa sekali pun.

“Sebenarnya sangat letih saya buat dua kerja. Tapi saya masih tunggu untuk dapatkan kerja tetap yang lebih stabil. Sebelum dapat, saya buat saja apa-apa kerja lain.

“Saya berharap dapat kerja beruniform, macam polis atau bomba,” ujarnya yang kini menetap di Butterworth.

Penangan perkongsian video sebagai pengawal keselamatan, akaun TikTok baharu Naz turut tular sehingga membolehkan dia meraih lebih 13,000 pengikut.

Menurut Naz lagi, dia setakat ini belum pernah berdepan g4ngguan sepanjang berkecimpung sebagai pengawal keselamatan, sebaliknya hanya berhadapan kec3der4an pada leher ak1bat dig1git semut charlie.

naz3

Naz menyimpan hasrat untuk bekerja sebagai anggota Bomba.

“Ada juga yang komen, kononnya kerja ini akan jumpa h4ntu. Tapi Alhamdulillah setakat ini belum ada apa-apa g4ngguan.

“Cuma masa mula kerja guard hari tu, saya kena g1git dengan semut charlie pada leher, terus ada kesan sehingga orang fikir bukan-bukan.

“Saya pun dah cuba letak krim, tapi masih belum hilang. Leher saya jadi bern4nah dan ber4ir. Jadi macam parut kena air panas,” ujarnya lagi.

Menurut Naz lagi, dia tak kisah melakukan apa-apa pekerjaan pada usia muda dan hanya mahu membalas jasa serta menggembirakan orang tuanya.

Cerita Naz, bapanya, Wan Abd Rahim Wan Seman, 53, terl4ntar s4kit ak1bat str0k sejak lapan tahun lalu dan dijaga oleh ibunya, Junaidah Mat Judin, 49, di kediaman mereka di Perlis.

“Apa yang saya buat, ini untuk famili. Abah saya str0k, dah lapan tahun terbaring di atas katil.

“Mama dulu berniaga dengan abah di Padang Besar. Mama jual ubat-ubatan tradisional dan sekarang hanya jaga abah,” ujar Naz lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*