Gelagat Lelaki Main Badminton Dengan Anak Raih Perhatian, “Boleh Ganti Lee ZJ…”

Memandangkan banyak masa yang diluangkan di rumah kini, tentunya ada yang mengambil kesempatan ini untuk beriadah bersama keluarga di rumah. Macam gelagat seorang lelaki ini yang mencvri perhatian apabila bermain badminton dengan anaknya ini.

Apa yang menariknya, gaya hebatnya semasa bermain badminton secara solo ini membuatkan ramai yang kagum melihatnya. Malah ada yang turut terpvkau dengan gayanya yang hebat bermain mengalahkan pemain profesional.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat sedang bermain badminton bersama anaknya di hadapan rumah. Namun sebenarnya, lelaki itu tidak bermain bersama anaknya seperti yang disangka ramai sebaliknya dia telah mengikat bvlu tangkis itu pada tali di atasnya.

Sekali pandang, memang ramai yang menyangka dia sedang bermain badminton itu bersama anaknya. Lebih mencuit hati, anaknya juga turut sama memegang raket badminton sambil berlakon seolah-olah sedang bermain bersamanya.

Lelaki itu juga dilihat terus memvkul bulu tangkis itu secara bertalu-talu sambil diperhatikan oleh anaknya yang berada di hadapan. Melihatkan gayanya ini, ramai pula yang menyangka anaknya itu begitu handal membalas pukulan itu walaupun langsung tidak mengangkat raket.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat lelaki ini dan anaknya bermain badminton. Ada juga yang berseloroh memuji anaknya itu yang mampu menggantikan pemain profesional dengan skillnya bermain ini.

“Hebat anak dia main pakai niat je.”

gelagat lelaki

“Anak dia pun tunggu.”

badminton

“Uish pro siak anak dia.”

komen

“Hebat adik depan tu boleh ganti Lee ZJ…”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*