Hasilkan Potret Shuib Dan Siti Sarah Guna 400 Buah ‘Rubik Cube’, Kreativiti Lelaki Ini Raih Pujian Netizen

Kini, banyak video bermanfaat dan kreatif boleh didapati di TikTok. Para pengguna TikTok akan menghasilkan pelbagai jenis konten untuk masuk dalam ‘For You Page’.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @abam.takaful telah berkongsi video dirinya menghasilkan potret Shuib bersama isterinya, Allahy4rhamah Siti Sarah dengan menggunakan rubik cube.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat keg1gihan pengguna TikTok tersebut menyusun 400 buah rubik cube untuk menghasilkan potret terindah itu. Difahamkan, dia mengambil masa seharian untuk menghasilkan potret tersebut.

Perkongsian video tersebut mendapat perhatian netizen dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji hasil potret yang dibuat olehnya. Malah, para netizen turut kagum dengan keg1gihan yang ditunjukkan oleh Zabli menyusun satu per satu rubik cube itu.

Video:

@abam.takaful

Al Fatihah Buat Almarhumah Siti Sarah #sitisarah

♬ original sound – dekwaaaaaa – dekwaaaaaa

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mengatakan bukan senang mahu hasilkan karya sedemikian rupa kerana memerlukan kesabaran dan daya kreativiti yang tinggi. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 30 ribu tontonan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Vocket

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*