Elisya Sandha kini sah menantu Sheila Rusly, selamat diijab kabul dengan Uzair Haqimy

SELAIN Remy Ishak menamatkan zaman bujang pada Sabtu, rupa-rupanya pelakon Elisya Sandha turut memilih hari yang sama untuk disatukan dengan tunangnya, Uzair Haqimy.

Adik kepada aktres Fasha Sandha ini selamat bergeIar isteri kepada Uzair pada petang Sabtu.

Menerusi Instagram, Elisya, 22, memuat naik fotonya mengenakan baju pengantin berwarna putih dengan kapsyen bersyukur meraikan hari bahagianya itu.

“Allah adalah sebaik-baik perancang. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan disaksikan oleh saudara mara serta rakan terdekat secara atas talian.

Elisya bertunang dengan anak kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly pada 31 Januari lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung secara sederhana.

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*