Elisya Sandha terima hantaran RM22,222.22 – “Sepatutnya nikah Februari depan, tapi dicepatkan“

SELAIN Remy Ishak menamatkan zaman bujang pada Sabtu, rupa-rupanya pelakon Elisya Sandha turut memilih hari yang sama untuk disatukan dengan tunangnya, Uzair Haqimy pada Sabtu.

Pasangan berkenaan bernikah kira-kira pukul 3.11 petang di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) berwalikan bapa Elisya, Mohd Faisal Abdullah.

Pada majlis ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Elisya atau nama sebenar Nur Elisya Hassan, 21, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih daripada Uzair, 25, yang bekerja sebagai pengurus produksi.

Adik kepada aktres Fasha Sandha ini menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22 dan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima.

Dalam pada itu, Elisya berkata pada awalnya majlis pernikahan dirancang pada 22 Februari tahun depan, namun terpaksa dipercepatkan.

Elisya dan Uzair disatukan dalam majlis sederhana mengikut SOP.

“Memang perancangan bernikah hari ini berlangsung pada minit akhir, dapat saja tarikh nikah dua minggu lalu, saya dan suami memulakan persiapan kahwin serba sederhana.

“Dengan situasi pand3mik C0v1d19 yang tak boleh dijangka dan peningkatan k3s harian naik mend4dak, semuanya perlu dipercepatkan termasuk hal membina masjid ini.

Paling utama yang membuatkan saya tertarik kepada Uzair adalah cara dia menjaga dan menyayangi keluarganya! ELISYA SANDHA PELAKON

“Kita dahulukan yang wajib dahulu. InsyaAllah kalau tiada aral, kami merancang untuk mengadakan majlis keraian di kampung halaman saya di Perlis cuma tarikh belum tahu lagi,” katanya.

Ditanya mengenai sisi peribadi suaminya, Elisya menyifatkan anak sulung kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly ini seorang lelaki yang bertanggungjawab.

Sikap Uzair mementingkan keluarga membuatkan Elisya terpikat.

“Paling utama yang membuatkan saya tertarik kepada Uzair adalah cara dia menjaga dan menyayangi keluarganya. Itu antara ciri yang saya lihat menjadi jaminan dia boleh menjaga saya dengan baik.

“Dia juga rajin bekerja dan menghormati orang tua. Kami juga mengharungi pelbagai ujian hidup bersama sejak dulu,” katanya.

Dalam majlis tersebut Elisya anggun mengenakan persalinan daripada Teh Firdaus dan ditatarias Datuk Alha Alfa.

Majlis nikah petang itu turut saksikan oleh adik beradik, sanak saudara dan teman rapat secara atas talian.

 

Sumber:Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*