Hanya Sekali Lafaz, Remy Ishak Sah BergeIar Suami Ezza Yusof! Disatukan Dalam Majlis Penuh S0P

Hanya sekali lafaz, pelakon Remy Ishak, 39, sah bergeIar suami kepada Roszaliza Yusof, 38, atau Ezza Yusof dalam majlis akad nikah di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandungnya Rozman Yusof.

Ezza menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Majlis akad nikah yang bermula jam 1 petang itu berlangsung secara ringkas dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Malah, kedua-dua mempelai dilihat serba segak dan anggun menggayakan busana perkahwinan rekaan Mirul Jonit dan tatarias oleh jurusolek Chomel serta Adik Wan. Pasangan itu turut mendapat sentuhan gaya dari Tym Fatimah.

Menurut Remy, dia memanjatkan kesyukuran kerana sesi pernikahan ini dapat berjalan dengan lancar.

Pada masa sama, pasangan ini menitipkan ucapan khas buat semua rakan-rakan dan peminat.

“Maka bermulalah perjalanan baru bagi kami sebagai pasangan suami dan isteri, mohon mendoakan kebaikan & kesejahteraan buat kami berdua,” kata Remy.

Apapun tahniah kami ucapkan!

 

Sumber: GEMPAK

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*