Zizan Razak suruh Aliff Syukri jadi ketua kampung sebelum masuk p0litik – “Tengok dulu Datuk boleh handle ke tak”

SEJAK Jumaat media sosial dipenuhi dengan foto orang ramai berkongsi ucapan tahniah gambar kenangan bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mengalu-alukan pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-9.

Seperti biasa usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri turut tidak ketinggalan mencvri perhatian netizen tentang perkembangan berkenaan.

“Tahniah Datuk Seri Ismail Sabri sebagai PM Malaysia. Saya reda… maaf rakyat Malaysia permohonan saya ditolak.

“Tapi jawatan TPM masih ada peluang ke untuk saya memohon?” tulisnya mengiringi posting ucapan tahniah dengan foto pemimpin berkenaan.

Namun apa yang lebih menarik perhatian ialah komen pelawak Zizan Razak tentang hasrat baharu Aliff untuk menduduki jawatan nombor dua dalam Kabinet Ismail Sabri itu.

Zizan memberi am4ran kepada Aliff supaya jangan sesekali mer4mpas posisi yang sudah diimpikannya selama ini.

“Datuk jangan sailang position saya sebagai TPM. Nanti saya tengok dulu (jawatan) yang mana ada kosong untuk Datuk ok?

“Tapi selepas saya bincang-bincang, macam sesuai Datuk jadi ketua kampung dulu buat sementara.

 

Saya reda… maaf rakyat Malaysia permohonan saya ditolak.

ALIFF SYUKRI USAHAWAN

“Tengok Datuk boleh handle ke tak… setuju rakyat semua?” soal Zizan dalam nada gurauan.

Sebelum ini Aliff mencvri tumpuan apabila dia berkongsi ‘borang’ permohonan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang majoriti di Dewan Rakyat.

Malah menerusi temubual sebelum ini, Aliff turut melahirkan hasrat untuk menyertai politik dengan bertanding pada pilihan raya akan datang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara.

169549957_308994384173572_8085735526430871376_n

Aliff bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Dalam pada itu rata-rata netizen turut terhibur dengan usikan Zizan itu selain bersetuju dengan posisi jawatan yang ditawarkan kepada Aliff.

“Kau ni suka bagi Datuk ni men4ngis.

“Seelok-eloknya macam tu, sebagai rakyat saya setuju dengan usul ini.

“Setuju! Uji mental dulu… hidup kena ada training hehehe,” tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, Ismail Sabri selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan di Istana Negara pada pukul 2.28 petang Sabtu.

Istiadat tersebut diadakan di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*