Gerai dis3rbu selepas pekerjanya dikesan iras aktor Thai… tuan badan terus Google, tonton drama lakonannya – “Dia lagi kacak, saya biasa saja”

NAMA jejaka ini tiba-tiba sahaja menjadi sebutan ramai apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon Thailand, Nadech Kugimiya.

Menurut Izzat Kasyfie Nizam, 20, dia tidak pernah tahu mengenai kewujudan pelakon itu, namun mula membuat carian di internet selepas membaca komen-komen pada postingnya di aplikasi TikTok sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun pelajar bidang Kejuruteraan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu berpendapat sebaliknya, namun menerima segala komen dengan hati yang terbuka.

“Ramai yang komen dan mendakwa wajah saya sama dengan Nadech. Sejujurnya saya tak pernah kenal. Selepas terima komen macam tu, saya cuba buat carian Google untuk tengok persamaan kami.

“Saya rasa tak sama. Saya rasa dia lagi kacak. Saya biasa-biasa saja. Tapi saya terima semua komen dengan hati terbuka. Saya OK saja.

Video:

@kbsaudagarkentang

Reply to @fadhlynayda Betul ker gaissss😂😂😂 ‼️ Try komen sekaliii

♬ original sound – Kbsaudagarkentang – Kbsaudagarkentang

“Sebenarnya komen yang menyebut tentang persamaan wajah kami dah bermula sejak lima ke enam bulan lepas. Sejak itu, saya juga ada tonton video lakonan dia, tapi tak sempat nak tengok drama penuh.

“Ada juga yang komen negatif. Kebanyakan lelaki cakap muka kami tak sama. Tapi saya tak kecil hati,” ujarnya yang mesra disapa Izzat.

izzat1

Izzat merupakan pelajar bidang Kejuruteraan.

Menurut Izzat, banyak video yang menampilkan dirinya di TikTok terus dihujani dengan komen-komen yang memperkatakan tentang persamaan tersebut.

Malah, penangan video tular itu turut menyebakan gerai makanan tempat dia bekerja, KB Saudagar Kentang di Kubang Kerian, Kelantan menjadi perhatian ramai.

Sejujurnya saya tak pernah kenal. Selepas terima komen macam tu, saya cuba buat carian Google.

IZZAT

“Kawan saya yang rakam video ketika sedang berniaga. Sejak itu orang komen mengenai wajah saya yang dikatakan saman dengan Nadech.

“Selain komen mengenai wajah saya, ramai yang pernah datang turut puji servis kami. Ada juga yang cakap semua pekerja di gerai ini handsome.

“Mereka kata segan nak datang dan minta tukar nama gerai jadi KB Good Looking Boys,” ujarnya berseloroh.

izzat6

Izzat terharu dengan komen positif yang diterimanya.

Bercerita mengenai pekerjaannya itu, Izzat berkata dia sudah mula berniaga sejak tamat persekolahan lagi.

“Saya dah mula berniaga sejak zaman habis sekolah lagi. Ia diusahakan oleh senior saya. Sekarang saya jaga bahagian operasi kedai.

menu

Antara menu yang dijual di gerai tempat Izzat bekerja.

“Kemudian sejak pandemik dan belajar secara online, saya balik kampung dan boleh berniaga macam dulu semula. Dah setahun kelas online.

“Sepatutnya semester baharu akan bermula 15 Oktober ini, tapi saya tak akan balik ke kampus lagi. Bila bekerja sambil belajar, kena pandai-pandai bahagikan masa.

izzat7

Izzat bersama rakan-rakan sekerjanya.

“Pernah saya siapkan assignment di tempat kerja. Bawa laptop ke tempat kerja. Mujur bos pun memahami. Bolehlah saya cari duit poket untuk tampung belanja,” ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*