Ibu pak4r bela haiwan, siap pelvk macam cucu… anak kongsi ‘punca’ angsa rasa nak kejar manusia laju-laju – “Angsa kami manja”

SEBUT sahaja tentang angsa, pasti ramai yang gervn atau ada kenangan dikejar oleh haiwan tersebut.

Namun berbeza pula kisahnya bagi seorang wanita di Pulau Pinang yang menternak angsa di belakang rumahnya, malah rapat dengan haiwan tersebut.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh anak sulungnya, wanita berkenaan kelihatan sedang memelvk seekor angsa dengan penuh kasih sayang.

Video tersebut meraih hampir 270,000 totonan di aplikasi TikTok.

@fiey.adreena

Sebab kami tak kawin lg, mak kami ganti dukung cucu dgn angsa 🤣 #kampunggirl #jodohmanajodoh #life #kydfc

♬ original sound – ѕ α נ ι ∂ κ н α и

Bercakap kepada mStar, Aiza Azman, 35 memberitahu bahawa video tersebut dimuat naik di media sosial untuk mengub4t kerinduan orang ramai yang rindukan suasana kampung.

Menurut Aiza, dia berpindah semula ke kampung pada Ogos lalu untuk tinggal bersama ibunya, Che Wan Omar yang berusia 60 tahun itu disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini agak panjang.

“Saya rakam video tu sekadar suka-suka je nak berkongsi kehidupan di kampung, sebab sebelum ni saya tinggal di Shah Alam, Selangor.

“Suasana duduk di bandar tak sama dengan tinggal di Sungai Burung, Balik Pulau, Pulau Pinang. Disebabkan PKP lama sangat tahun ni, bulan Ogos lalu saya pindah semula ke rumah ibu dan mulakan kehidupan sebagai orang kampung.

Che Wan (gambar, kiri) sudah 10 tahun memelihara angsa di kawasan tanah di belakang rumahnya.

“Saya masih proses belajar lagi cara mak dan adik bongsu menjaga haiwan ternakan kami sejak balik ke sini. Jada dah alang-alang tu, saya rakam sekalilah aktiviti yang dilakukan di kampung dan kongsi dengan orang lain supaya mereka dapat hilangkan rindu pada suasana di desa,” katanya.

Menurut Aiza, angsa-angsa yang dibela oleh ibunya itu sangat manja kerana ia dijaga sejak kecil lagi.

Tambahnya lagi, pernah satu ketika haiwan tersebut dipakaikan lampin sewaktu ia dibela di dalam rumah tidak lama dulu.

“Angsa kami ni manja dengan semua orang, malah orang baru datang pun dia manja je. Angsa kami ni boleh je dipegang, pelvk dan dia langsung tak g4rang.

“Dia tak pernah kejar orang, siap sambut kedatangan mereka ada la. Mak bela dari kecil, dari telur yang menetas sebab dia menger4m telur sendiri.

“Bila dah menetas, mak bawa sekali angsa untuk dibela dalam rumah. Makan. tidur semuanya mak buat, siap pakaikan pampers macam jaga cucu.

Khuwalid (kiri) dan Aiza banyak membantu ibu mereka menguruskan haiwan ternakan.

“Tiga tahun lepas, mak pernah kehilangan dua ekor angsa kesayangan yang sangat manja dengan dia. Seekor tu kena langgar dengan kereta dan seekor lagi m4ti sebab dip4tuk ular.

“Mak sedih sangat sebab angsa yang manja itu selalu teman dia ikut kutip telur pada watu pagi. Makan masa dua tiga hari jugalah sedihnya,” katanya yang sebelum ini bekerja menjual kek dan produk kosmetik secara online.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik ini, ibunya sudah 10 tahun membela haiwan ternakan seperti itik, ayam kampung, burung merpati merak dan pelbagai lagi binatang sebagai peneman setelah bercer4i dengan bapa mereka 18 tahun yang lalu.

Kini, Aiza dan adik bongsunya, Khuwalid Azman, 26, sama-sama menguruskan perniagaan kecil keluarga mereka di kampung dengan memasarkan dan mengambil pesanan secara online.

“Sudah hampir 10 tahun mak bela haiwan ternakan ni, mula-mula tu dia bela untuk suka-suka sahaja bagi menghilangkan bosan duduk di rumah. Sebab anak-anak semua kerja dan tinggal jauh, mak saya ni pula ibu tunggal.

“Waktu awal-awal dahulu mak bela ayam kampung dengan sepasang itik, kemudian baru tambah angsa. Semua ternakan mak bela dari kecil lagi, jadi bila dah bertelur tu jumlah haiwan ternakan jadi bertambahlah.

Kalau kita baik dan tiada niat jahat, memang dia akan okay je dan tak kejar kita.

AFIDA AZMAN

“Sekarang ni itik telur ada 100 ekor, itik daging 50 ekor dan angsa 11 ekor. Memang ada haiwan ternakan ni dibela kemudian jual, tetapi yang mana ibu sayang tu dia tak juallah.

“Antara haiwan ternakan yang kami bela, selalunya itiklah banyak dijual dan yang lain tu tak menentu. Kadang-kadang mak tak jual tetapi ada kawan-kawannya beli untuk nak buat baka, haiwan peliharaan atau dijual semula,” ujarnya.

Aiza berpesan kepada orang ramai supaya mengelakkan rasa takut apabila berdepan dengan angsa kerana haiwan itu boleh mengesan ketakutan seseorang.

Kebiasaannya, haiwan akan bertindak menyer4ng manusia apabila berasa terancam dan mahu mejaga keselamatan tuan dan kawasannya.

“Pesanan saya, jangan takut dengan angsa, sebab mereka ni ada fir4sat. Kalau kita baik dan tiada niat jahat, memang dia akan okay je dan tak kejar kita.

“Tapi kalau kita takut-takut tu, itulah yang membuatkan dia nak kejar sebab ingat kita ada niat tak baik.

Aiza berpindah semula ke kampung sejak Ogos lalu.

“Kalau boleh janganlah kita membaling benda pada haiwan tersebut kerana mereka akan anggap kita ini sebagai musvh dan mengejar kita.

“Semua angsa sama je, haiwan buat macam tu sebab jaga tuan dan kawasan mereka sahaja,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*