“Nak nangis tapi saya tahan” – Dua sahabat rela berlapar, mengg1gil bermalam tepi sungai… tak ‘redah’ kepala air walau tahu berenang

MALANG tidak berbau.

Begitulah kisah dua sahabat yang terpaksa bermalam di seberang sungai di Kuala Kubu Bharu, Selangor gara-gara fenomena kepala air yang melanda.

Video kejadian itu dikongsi oleh Muhammad Nur Zakwan Zaini Safaren, 22, menerusi aplikasi TikTok sehingga ia meraih lebih 228,000 tontonan.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Zakwan mended4hkan video itu sebenarnya dirakam pada Disember lalu ketika dia berkunjung ke sana bersama seorang rakan yang dikenali sebagai Ezhar, namun ia baru dikongsi di TikTok baru-baru ini.

“Saya pergi berdua dengan kawan. Kalau ikut rancangan asal, memang nak pergi mandi-manda sekejap saja. Kami sampai di sana dalam pukul 5 petang.

@nur.zakwan

Pentingnya tengok weather forecast sebelum kemana-mana 🤲🏻😂 #Nature #Hiking

♬ Follow AndrewsVisual – Andrew Thomson 🔥

“Dalam pukul 6 petang, kepala air mula berlaku dan kami tak dapat nak menyeberangi sungai untuk balik. Saya fikir ia mungkin berlaku sekejap saja.

“Biasanya kepala air akan turun sekali jalan. Tunggu sampai jam 8 malam, 9 malam tapi ia masih berlarutan sehinggalah jam 1 pagi.

zakwan2

Kejadian itu membuatkan Zakwan lebih berhati-hati untuk pergi ke sungai dan masuk ke hutan pada masa akan datang.

“Akhirnya saya dan kawan tidur di atas pasir di seberang sungai. Kami mengg1gil kesejukan kerana hujan,” imbasnya.

Lebih pilu kata Zakwan, dia dan sahabatnya juga tidur dalam keadaan kelaparan kerana langsung tidak membawa apa-apa makanan mahupun minuman.

Kalau pandai berenang sekalipun, jangan cuba berenang ketika kepala air berlaku. Kita rasa macam boleh, tapi air tu sangat laju.

ZAKWAN

Malah, mereka juga gagal menghubungi sesiapa kerana ketiadaan rangkaian sebelum kedua-dua telefon milik mereka terpadam gara-gara kehabisan bateri.

“Kami tak bawa makanan, memang tiada dalam rancangan untuk datang makan. Di sana memang tiada coverage, kemudian telefon kami juga habis bateri.

“Memang sangat lapar, kami tidur dalam keadaan perut kosong. Ada rasa nak menangis tapi saya tahan. Esoknya seawal jam 7.30 pagi, kami menyeberangi sungai untuk keluar.

“Kedai makan merupakan tempat pertama yang kami tuju. Dalam keadaan sejuk dan baju yang basah, kami pergi cari makanan,” ujarnya yang menetap di Kuala Lumpur.

zakwan1

Zakwan turut berkongsi video kejadian itu menerusi TikTok miliknya.

Kata Zakwan yang kini bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), dia tidak serik untuk masuk hutan dan melakukan aktiviti ekstrem cuma akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Kejadian terperangkap macam ni tak selalu terjadi. Kita belajar dari kesilapan. Next time kena bawa makanan seperti roti dan air walaupun tiada plan untuk makan-makan atau berkelah.

“Selain itu, kita juga kena aware dengan musim dan keadaan cuaca. Kena tengok juga ramalan cuaca. Paling penting saya rasa, kalau pandai berenang sekali pun, jangan cuba berenang ketika kepala air berlaku.

zakwan3

Zakwan sempat menitipkan pesanan agar semua orang menjaga kebersihan alam.

“Kita rasa macam boleh, tapi air tu sangat laju. Ini pun bukanlah kejadian kepala air pertama yang saya saksikan, cuma kali pertama terperangkap sampai satu malam. Mujur satu malam saja,” ujarnya berseloroh.

Dalam pada itu, Zakwan turut menitipkan pesan kepada sesiapa yang gemar melakukan aktiviti berkaitan alam agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekeliling.

“Kalau tengok sekarang, ramai orang masuk hutan. Paling penting bagi saya, jangan buang sampah merata-rata.

“Apa yang kita bawa masuk, kita kena bawa keluar semula. Bila tengok gambar viral sampah merata-rata dalam hutan, sakit hati rasanya. Kena jaga kebersihan,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*