Alhamdulillah… Ernie Zakri hamil 4 bulan – “Masuk trimester kedua dia berdepan al4han l0ya”

TEKA-TEKI Ernie Zakri hamil kini terjawab apabila suaminya Syamel mengesahkan penyanyi itu kini berbadan dua.

Menurut Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, kandungan Ernie kini sudah memasuki usia empat bulan.

“Alhamdulillah kandungan isteri dah masuk empat bulan… Ernie punya kehamilan berbeza dengan ibu mengandung lain.

“Masuk trimester kedua baru dia berdepan al4han, macam rasa l0ya itu semua tapi Alhamdulillah Ernie dan bayi dalam kandungan sihat.

“Doakan semoga bayi membesar dan selamat sehingga hari kelahiran ya!” katanya kepada mStar.

syamel ernie 1

Syamel dan Ernie tak sabar menimang cahaya mata pertama mereka.

Sebelum itu, menerusi Instagram Syamel meluahkan rasa syukur dikurniakan rezeki berkenaan.

“Alhamdulillah untuk rezeki-Mu Ya Allah. Engkau permudahkanlah perjalanan kami,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

InsyaAllah apabila kita dah tahu jantina nanti kami kongsikan

SYAMEL

PENYANYI

Sementara itu, penyanyi lagu GoodBye Hello ini memberitahu akan berkongsi jantina bayi sulung mereka tidak lama lagi.

“Memandangkan kandungan baru empat bulan, jadi kita belum tahu lagi jantina, InsyaAllah apabila kita dah tahu nanti kami kongsikan,” ujarnya.

syamel ernie 2

Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada Mac lalu.

Menerusi laporan mStar pada 27 Ogos lalu, Ernie menafikan dirinya kini sedang berbadan dua walaupun ramai berteka-teki mengenai hal itu selepas melihat perubahan fizikalnya.

Ernie, 29, berkata, waktu itu bukanlah masa yang sesuai untuk berkongsi mengenai kehamilan memandangkan dia masih bersedih dengan pemerg1an ibu mentuanya.

Ibu Syamel iaitu Wan Faaizah Karim men1nggal dunia pada 22 Ogos lalu selepas dua bulan dir4wat di sebuah pusat perub4tan di ibu kota akib4t kekurangan oks1gen.

Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*