“Apa barang pakai sudip” – Peniaga Di Indonesia Viral Sebab Selamba Pakai Tangan Kosong Masa Menggoreng

Benda yang paling ramai orang takuti ketika memasak ialah terpercik minyak panas pada tangan. Kalau minyak tu tumpah, lagi lah bah4ya sebab boleh melecur. Jadi, ramai yang akan cuba jauhkan diri sejauh mungkin daripada kuali ketika menggoreng.

Namun, peniaga makanan bergoreng di Magelang, Indonesia ini pula nampaknya tak perlu takut dengan minyak masak sebab dia dikatakan mempunyai kebolehan untuk celup tangan dalam minyak panas! Biar betul ni? 

Memetik laporan daripada Tribun Jateng, wanita yang berusia 55 tahun itu tak menggunakan sudip untuk menterbalikkan makanan dalam kuali berisi minyak masak panas.

Dikenali sebagai Sri Rejeki, peniaga bakwan itu mengatakan dia mula guna cara tu pada mulanya untuk menarik pelanggan.

Ketika pertama kali celup tangan dalam minyak panas, memang saya ada rasa panas tapi tak pernah melecvr. Lama-lama, saya jadi terbiasa,” katanya.

Rahsia untuk ‘kebal’ rasa panas minyak masak tu pula katanya dia hanya akan baca bismillah dan selebihnya dia tak rasa panas sangat sekarang sebab memang dah terbiasa. Lagipun, dia bukannya celup tangan dalam minyak tu lama-lama pun. 

Wanita ini telah menjual bakwan iaitu sejenis makanan bergoreng yang menyerupai cucur atau tempura sejak beberapa tahun lalu setelah suaminya diser4ng str0k.

Namun, wanita hebat ini berjaya menghantar anaknya belajar di universiti dengan hasil jualan bakwan tersebut.

Memang respek dengan makcik ni. Kita terpegang cekodok pisang panas pun dah ketar tangan. 

Sumber: Tribunnews Jateng, Suara.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*