Nak dekat dengan ibu, mahu selalu ‘jumpa’ arw4h ayah! Anak tolak tawaran kerja di KL, cvri masa singgah kubvr selepas COD takoyaki

SEJAK pandemik Cov1d-19 melanda, ramai lepasan universiti mengalami kesukaran dalam mencari pekerjaan.

Menurut Muhammad Khairul Azhar Ab Rahman, 22, dia turut terkesan sehingga terpaksa mencari alternatif lain demi mencari sumber pendapatan.

Berkongsi cerita kepada mStar, penuntut bidang Pengurusan Pelancongan yang mesra disapa Azhar itu sempat bekerja selama tiga bulan sahaja, namun kontraknya tidak disambung gara-gara pandemik.

Enggan bersedih dengan hal itu, dia sebaliknya tampil dengan idea kreatif untuk membuka gerai dan menjalankan perniagaan takoyaki di Masjid Tanah, Melaka sejak pertengahan tahun lalu.

Video:

@_azhar139

Yg masih ada org tersayang, hargai. Rindukan org dah tiada ni lain. Take note ye ☺️🙏🏻 #fyp #foryourpage #tiktokmalaysia

♬ original sound – hithere – hithere

“Saya habis belajar tahun lepas. Saya sempat bekerja dalam bidang pelancongan selama tiga bulan.

“Selepas itu kontrak saya tidak disambung memandangkan sektor pelancongan lvmpuh ketika pandemik.

“Kebetulan masa cuti semester dulu saya pernah bekerja di kedai takoyaki. Berbekalkan pengalaman lalu, saya buka gerai sendiri.

azha45

Gambar kenangan bersama Allahy4rham bapanya.

“Saya buka gerai di tepi jalan saja. Saya juga dibantu seorang anak saudara,” ujarnya ketika dihubungi.

Menurut Azhar, bidang itu bukanlah satu kerja yang mudah, malah dia juga hampir berputus asa ketika fasa awal berniaga.

Saya lalu depan kubur selepas COD takoyaki. Rasa macam terdetik untuk singgah.

AZHAR

Selain itu katanya, dia turut berdepan pelbagai cabaran termasuklah keadaan cuaca yang tak menentu sepanjang berniaga di lokasi itu.

“Ketika awal berniaga, sambutan agak perlahan. Orang pun baru nak kenal dengan gerai kami. Tapi Alhamdulillah, sekarang makin stabil.

“Pada bulan pertama berniaga, saya hampir putus asa. Rasa sangat susah. Tapi bila fikirkan keluarga serta sokongan dan doa emak, saya teruskan saja.

“Paling susah tentunya cabaran cuaca. Panas memang satu hal kerana kami memasak. Bab itu tak perlu cerita. Kemudian ada ribut dan hujan lebat. Pernah khemah berniaga nyaris terbang atas jalan.

azhar2

Gerai takoyaki yang diusahakan oleh Azhar.

“Kelengkapan berniaga turut diterbangkan angin. Meja pun pernah terbalik,” ujar anak bongsu daripada lima beradik itu.

Dalam pada itu, Azhar turut berkongsi kisah di sebalik video dia berkunjung ke pusara Allahy4rham bapanya, Ab Rahman Enjah yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok.

Kata Azhar, dia singgah ke tanah perkubvran itu ketika dalam perjalanan pulang selepas melakukan penghantaran takoyaki kepada pelanggannya, baru-baru ini.

“Ayah men1nggal akib4t sakit kron1k pada 3 Januari 2019. Biasanya setiap Jumaat saya akan ziarah kubvr.

“Tapi pada hari tersebut, saya lalu depan kvbur selepas COD takoyaki. Rasa macam terdetik untuk singgah, jadi saya ziarah sekejap.

azhar3

Mendapat tawaran kerja di ibu negara, tetapi Azhar memilih untuk terus berniaga di Melaka.

“Saya sekadar kongsi video untuk beri mesej kepada semua agar hargai mak ayah selagi mereka masih ada,” ujarnya lagi.

Kata Azhar, dia baru-baru ini ada mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur, namun memilih untuk terus berniaga dan berada dekat dengan ibunya, Rohani Abu Bakar yang kini berusia 65 tahun.

“Rancangan saya memang nak teruskan bisnes ini. Saya ada dapat tawaran kerja di Kuala Lumpur. Tapi saya tak sampai hati nak tinggalkan emak.

“Saya mengalah, mungkin rezeki saya untuk jaga emak, dapat berniaga dekat dengan emak,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*