Suami penuhi permintaan isteri mahu tempat tidur ‘tinggi dan luas’, video bina tapak katil raih 1.5 juta views – “Jangan risau kami tak tidur buas”

RAKYAT Malaysia semakin kreatif terutama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), awal tahun lalu.

Terbaharu, seorang lelaki berkongsi video di aplikasi TikTok menunjukkan dia membina sendiri tapak katil di bilik tidur di rumahnya menggunakan bancuhan simen dan batu-bata.

Video yang setakat ini meraih 1.5 juta tontonan itu dihujani pelbagai komen dan cadangan seperti meletakkan hiasan di atas tapak, termasuk ada yang mempersoalkan mengenai r1siko keselamatannya.

Lelaki berkenaan, Mohd Shahdan Mat Piah tampil menjelaskan dia mempunyai sebab untuk membina tapak katil yang bersifat kekal itu lebih tinggi dari paras lantai rumah.

Pemuda berusia 36 tahun itu berkata, sejak berpindah bersama isteri dari Chini, Pahang ke Selama, Perak pada Mac lalu, rumah mereka sudah dua kali dimasuki air hingga paras buku lali apabila hujan lebat berterusan.

Video:

@shahrini8593

#fyp#tukangxmahir

♬ Kasih Slow – Nonna 3In1

“Rumah kami terletak depan parit. Bila hujan tak berhenti, air parit melimpah masuk ke rumah. Banyak barang basah terkena air.

“Jadi kami terpaksa pindahkan barang-barang ke tempat lebih tinggi dan kena bersihkan semula selepas air surut,” katanya kepada mStar.

tapak katil 2

Air parit memasuki rumah.

Mohd Shahdan yang berkahwin sejak setahun lalu berkata, tapak katil yang dibina pada minggu lalu itu berketinggian tiga lapisan bata dan keluasannya lebih besar dari katil bersaiz Queen yang digunakannya bersama isteri.

“Tapak dibina lebih besar untuk memudahkan pergerakan selain permintaan isteri untuk menjadikan ruangan tambahan di tepi katil itu sebagai tempat duduk bersantai.

“Saya ambil masa dua hari dan dilakukan pada waktu cuti bagi menyiapkan tapak katil tersebut seorang diri,” katanya yang berasal dari Chini, sambil menambah dia dan isteri berpindah ke Perak bagi menjalani kehidupan baharu dengan memperoleh pekerjaan di Seberang Perai, Pulau Pinang.

tapak katil 6

Proses binaan tapak katil di bilik tidur.

Menurut pekerja kilang itu, tapak tinggi turut dibinanya di beberapa kawasan di dapur yang paling terjejas tervk apabila rumahnya dimasuki air.

“Tanah di belakang rumah lebih landai, jadi air lebih mudah masuk ke kawasan dapur. Belakang rumah tu boleh cecah sampai paras lutut.

“Jadi saya bina juga tapak untuk peralatan elektrik seperti mesin basuh dan peti sejuk,” tambahnya.

tapak katil 1

Mohd Shahdan melakukan kerja-kerja menyimen tapak di dapur.

Turut dikenali sebagai Along, Mohd Shahdan berkata, tapak yang dibina itu berdasarkan pengalaman sebelum ini membantu bapanya yang membuat kerja-kerja bertukang.

“Saya belajar dari YouTube. Saya kongsi video nak tunjuk kepada orang ramai terutama yang tinggal di kampung supaya boleh bina tapak tinggi kalau rumah sering dimasuki air.

Saya kongsi video nak tunjuk kepada orang ramai terutama yang tinggal di kampung supaya boleh bina tapak tinggi kalau rumah sering dimasuki air

MOHD SHAHDAN

“Binaan tapak ini di peringkat awal. Saya bercadang untuk mengubah rumah papan yang saya dan isteri tinggal sekarang kepada rumah batu sepenuhnya di atas tanah yang sama.

“Rancangan itu terpaksa ditangguhkan kerana perlu modal yang besar, nak kena kumpul duit dulu. Mungkin dalam waktu terdekat saya simenkan lantai di seluruh rumah lebih tinggi terlebih dahulu bagi mengelakkan air parit masuk ke rumah,” katanya sambil menambah isterinya yang merupakan suri rumah mengambil upah membuat tempahan kuih siput.

tapak katil 3

Peti sejuk dan mesin basuh turut diletakkan di atas tapak tinggi.

Dalam pada itu, dia yang turut berpengalaman melakuka kerja-kerja mengecat rumah tidak menyangka videonya membina tapak katil itu meraih tontonan lebih sejuta.

“Ada banyak komen yang cadangkan saya letak lampu LED di tepi tapak katil kasi nampak lebih cantik, letak karpet berbulu. Ada juga yang bimbang bucu tajam pada tapak katil.

“Sebenarnya ikutkan belum siap sepenuhnya, sebab saya akan tampal ‘plaster’ supaya bucunya tidak taj4m. Perlahan-lahan dan satu persatu saya akan sempurnakan.

“Ada juga netizen yang risau akan jatuh tergolek. Alhamdulillah, setakat ni kami tak tidur buas, tapi kami berterima kasih dan mengambil kira semua cadangan untuk cantikkan tapak katil tu. Nanti isteri saya akan cantikkan sebab dia rajin menghias rumah,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*