Zizan Razak Pula Umum Tarik Diri ABPBH34, Bagi Peluang Pada Bakat Baharu

Pelakon, pelawak dan penyanyi Zizan Razak menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk edisi ke-34 tahun ini.

Bagi peluang pada bakat baharu

Zizan, 37, membuat pengumuman itu menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram, sebentar tadi.

Kata pemilik nama Mohd Razizan Abdul Razak, penarikan diri itu bagi memberikan peluang kepada bakat baharu yang bertanding untuk menempatkan diri dalam persada seni tempatan.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) antara majlis anugerah yang banyak memberi pengkitirafan kepada nama-nama besar dalam industri hiburan Malaysia.

Sejujurnya, ia adalah anugerah yang mendekatkan Zizan dengan para peminat. Dan di situlah kami berkumpul dan mengenali antara satu sama lain. Semua mencatat momen manis!

Begitupun, seiring usia dalam bidang seni, Zizan mengambil keputusan untuk menarik diri dari sebarang pencalonan #abpbh34. Zizan percaya ABPBH kali ini harus diraikan kepada bakat-bakat baharu yang bertanding. Hal ini telah dimaklumkan kepada pihak penganjur.

Terima kasih peminat

Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo turut merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat yang selama ini tidak putus menyokong di samping mendoakan kejayaan calon yang bertanding tahun ini.

Terima kasih kepada pihak penganjur yang saban tahun mencalonkan Zizan. Dan terutama peminat yang mengundi sepanjang penganjurannya. Zizan akan terus menyokong ABPBH dari luar gelanggang. All the best kepada semua calon!

Sepanjang bergelar artis, Zizan pernah memenangi beberapa kategori dalam ABPBH, antaranya Pelawak Lelaki Paling Popular pada tahun 2010, Hos TV Lelaki Popular (2011), Gandingan Di Layar Serasi Popular dan Artis Berpengaruh di Laman Media Popular (2013).

Pada ABPBH34, Zizan tercalon dalam kategori Artis Versatil Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular.

Sumber: Instagram @zizanrazak869

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*