[VIDEO] “Masuk Kem Askar Ke Merangkak Jer” – Bawa Si Comel Pertama Kali Keluar Rumah

Musim pandemik yang melanda ini, bukan sahaja kita semua terkesan tetapi binatang peliharaan seperti kucing juga terkesan. Mungkin disebabkan lama tidak berjalan2 melihat keindahan alam sekitar, ramai yang terasa kekok dan merasa seakan tidak selamat di luar.

Perasaan sebegitu mungkin dirasakan oleh seekor kucing yang videonya telah dimuatnaik oleh pemiliknya. Video tersebut adalah video kucing tersebut merangkak diatas rumput seakan2 tidak selesa dengan keadaan sekeliling.

Sambil merangkak2 itu, kucing itu sempat melihat sekeliling dan pergi berjalan2 ke sekeliling tempat tersebut tetapi dengan keadaan merangkak. Seperti yang kita tahu kucing ini adalah binatang yang suka melihat kawasan dan bila sudah lama terperuk di dalam sesuatu tempat, dia akan melihat sekeliling tempat tersebut, kucing ini lain siap merangkak lagi.

Video tersebut telah dimuatnaik oleh pemiliknya di laman sosial Tik Tok miliknya yang kini sudah mencecah ribuan tontonan dan ribuan komen. Kucing yang diberi nama Yoda yang merupakan baka american long hair itu sememangnya sangat comel dan mungkin dia tak biasa berjalan atas rumput, sebab itu dia merangkak.

Video:

@dayanarzl

kucing first time keluar rumah mmg macam ni ke uolls? 😭

♬ original sound – Radar Bekasi – Radar Bekasi

Menjengah ke ruangan komen pula ada yang komen mungkin kerana rantai yang dipakai oleh kucing tersebut, kalau dibuka kucing akan berjalan seperti biasa. Ada juga yang komen yoda merangkak seperti ular. Tidak mengapa la merangkak pun merangkak lah janji yoda ini memang sangat comel. 

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Tiktok

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*