Azlan Typewriter pat4h kaki kiri, tergelincir semasa ‘hiking’ di Semenyih – “Tanah licin, bukit pula menjunam… saya hilang imbangan”

MALANG tidak berbau… penyanyi Azlan Typewriter berdepan insiden mencemaskan apabila terjatuh hingga pat4h kaki kiri semasa menyertai aktiviti mendaki di sebuah bukit di Semenyih, Selangor pada Isnin.

Cerita Azlan atau nama sebenar Nor Azlan Rosle Sallehudin, 39, semasa kejadian dia bersama lima sahabatnya sedang menuruni bukit berkenaan, namun tanah licin menyebabkan kakinya terkeh3l hingga hilang imbangan.

“Kejadian berlaku dalam pukul 1 tengah hari. Semasa itu saya dan rakan-rakan lain sedang turun dari bukit berkenaan… mungkin tanah di situ licin dengan bukit agak menjunam menyebabkan saya hilang imbangan lalu terjatuh sampai ke bawah.

“Memang kuat bunyi masa jatuh tu… terasa sakit sungguh, tengok kaki dah bengkak dan saya syak tul4ng pat4h. Dalam keadaan kaki yang amat sakit, saya gagahkan diri naik semula ke laluan pendakian.

azlan 2

Azlan pat4h pergelangan kaki kiri dan tul4ng belakang kaki.

“Selepas itu saya terus di bawa ke Hospital Kajang. Doktor maklumkan terdapat tulang pat4h pada pergelangan kaki,” katanya kepada dihubungi mStar.

Sementara itu, penyanyi lagu Jangan Khi4nati Aku ini memberitahu dia berkemungkinan perlu menjalani pembed4han penyambungan tul4ng menggunakan implan bagi memulihkan kembali struktur tul4ng yang terjejas.

Nak betul-betul pulih mungkin ambil masa berbulan juga ni tapi benda dah nak jadi nak buat macam mana!

AZLAN TYPEWRITER

PENYANYI

Bagaimanapun, dia masih lagi memikirkan mengenai raw4tan itu memandangkan keadaan kakinya masih sakit dan tidak boleh digerakkan seperti biasa.

“Doktor minta saya ke hospital semula dalam masa terdekat. Doktor ada bagi cadangan lakukan pembed4han kecil pada bahagian tulang itu tapi sejujurnya kalau boleh saya tak mahu la… minta dijauhi sebab masih sakit lagi ni.

azlan 1

Doktor maklumkan Azlan perlu berehat panjang sehingga tul4ng kakinya pulih.

“Sekarang ni makan ubat yang doktor beri sahaja dan rehat di rumah dulu. Nak betul-betul pulih mungkin ambil masa berbulan juga ni tapi benda dah nak jadi nak buat macam mana.

“Nasihat saya kepada mereka di luar sana yang suka aktiviti hiking… dalam keadaan cuaca tak menentu, hujan macam ni tak payahlah pergi hiking.

“Berhati-hati apabila buat aktiviti mencabar ini, silap langkah nanti boleh mendatangkan bahaya,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*