[FOTO] Gaya jalanan Suri anak gadis Tom Cruise yg kini berusia 15 tahun tarik perhatian ramai

KECANTIKAN dan gaya fesyen Suri Cruise, 15, sering mendapat perhatian masyarakat serta menjadi ikutan remaja sebayanya biarpun sewaktu tampil ringkas.

Sebagaimana anak-anak selebriti yang lain, Suri mendapat tempias populariti daripada bapa serta ibunya iaitu pelakon terkenal Amerika Syarikat, Tom Cruise dan Katie Holmes sejak usia kanak-kanak, wajah comel dan gaya berpakaian Suri selalu mendapat perhatian umum dan menjadi buruan lensa.

Kini, mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa anak gadis Cruise itu sudah kian meningkat remaja dan semakin jelita sehingga ada yang menyifatkannya sebagai ‘Katie Holmes junior’ era 1990-an.

Pada 18 April lalu, genaplah usia 15 tahun Suri yang mewarisi kecantikan paras rupa dan pesona ibu bapanya.

Suri sering dilihat memilih fesyen ringkas tetapi bergaya dalam penampilan-penampilannya.

Baru-baru ini, Suri menjadi perhatian portal-portal hiburan dan fesyen disebabkan tular beberapa fotonya yang bersiar-siar di sekitar bandar New York, Amerika Syarikat termasuk sewaktu pand3mik.

Biarpun tampil ringkas dan bersahaja, gadis ini nyata mempunyai pesona tersendiri di jalanan. Antara fotonya yang menarik ialah persalinan kasualnya yang hanya berpakaian biasa sahaja pada hari Ahad tetapi Suri tetap kelihatan anggun seperti di karpet merah.

Dia dirakam membawa dua anak anjingnya berjalan-jalan di sekitar bandar New York dengan mengenakan seluar berona kelabu, baju-T, selipar dan memakai pelitup muka sebagai pelindung diri daripada C0v1d19.

Penampilan keduanya dengan penggayaan fesyen boho musim panas turut menarik perhatian. Fesyen itu merupakan antara fesyen kegemaran Suri ketika keluar berjalan di bandar New York.

Suri memakai seluar denim bersaiz besar yang mempunyai kemasan jahitan benang merah pada kedua-dua belah kakinya.

Seluar tersebut dipadankan dengan baju putih yang direka kembang pada bahunya dan keseluruhan gaya tersebut disempurnakan dengan sandal biru serta tas tangan berona merah terang.

Suri juga cukup versatil dalam apa jua fesyen termasuklah gaya sporty. Dia turut kelihatan mengenakan sweatshirt dan seluar jean pada bulan Mac tahun lalu yang mana ketika itu pemakaian pelitup muka bukanlah perkara wajib.

Remaja itu kelihatan cukup segar dengan sweatshirt berona kuning dan seluar denim serta sepasang kasut putih.

Keayuan Suri terserlah apabila memakai gaun. Gaun putih polos cukup anggun digayakan oleh Suri ketika musim panas memperlihatkan dirinya dengan gaya menawan dan indah dipandang mata.

Gaya ringkas gadis jelita itu menarik perhatian pap4razzi untuk merakamkan aksinya ketika dia sedang mendukung seekor anak anjing peliharaannya.

Dengan hanya mengenakan sepatu ringkas berona hitam berkilat dan bertumit rendah, Suri nampak seperti berjalan di pentas peragaan.

Tidak mustahil, Suri kelak akan menyinar sebagai ikon fesyen wanita kerana dia sememangnya memiliki daya tarikan yang tidak dapat disangkal lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber:https://www.kosmo.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*