Video ‘kucing pasrah’ monyet sel4k bulu, cari kvtu raih lebih 2 juta views! Tuannya ded4h mereka kawan baik tapi ada hari tak ngam

VIDEO mencuit hati memaparkan seekor anak monyet yang tekun membelek bulu seekor kucing yang seakan ‘reda dan pasrah’ diperlakukan sebegitu ternyata menghiburkan hati warga maya.

Video yang baru beberapa hari dimuat naik ke laman TikTok itu kini sudah berjaya meraih lebih dua juta tontonan.

“Nah ni namanya friend with benefit,” komen seorang pengguna TikTok.

Bercakap kepada mStar, pengendali akaun TikTok tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Riansyah, 25, berkata, kedua-dua haiwan comel itu sebenarnya merupakan haiwan peliharaan ibunya.

“Kucing itu namanya Mbel, dia kucing betina dan monyet tu pula Memey… ibu saya ambil masa umurnya baru seminggu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Yang menjaga mereka sebenarnya ibu saya, dia memang sukakan binatang, saya cuma menguruskan media sosial mereka,” katanya yang berasal dari Kuningan, Jawa Barat, Indonesia

Menurut Riansyah, selain Memey dan Mbel, ibunya turut membela seekor lagi anak monyet dan enam ekor kucing.

Memey bersama seekor lagi kucing peliharaan ibu Rianshah.

Memey, yang juga betina, turut berkawan baik dengan seekor lagi kucing peliharaan mereka yang diberi nama Blacky.

“Memey memang berkawan baik dengan Mbel, mereka selalu bermain bersama di taman depan rumah saya.

“Tapi kawan baik Memey sebenar adalah Blacky, mereka berkawan sejak kecil lagi.

“Mereka selalu main sama-sama, kadang-kadang tidur pun sekali,” katanya, sambil menambah Memey kini berusia 14 bulan.

Memey berkawan baik dengan Blacky sejak mereka berdua masih kecil.

Sama seperti kanak-kanak, haiwan-haiwan ini kadangkala akan tetap bercakaran sesama sendiri, namun menurut Rianshah mereka sentiasa akan berbaik semula.

“Kadang-kadang mereka lawan cakar satu sama lain,” selorohnya.

Selain berkawan dengan kucing, Memey kini mempunyai sahabat yang sama jenis dengannya iaitu Mickey yang dipelihara ketika berusia satu bulan.

Ibu Riansyah sangat menyayangi haiwan.

Menurut Rianshah, mereka kebiasaannya akan membenarkan monyet-monyet peliharaan untuk tidur di atas tilam di dalam bilik.

Tetapi tidak untuk Memey yang perlu dikurung di dalam kandangnya.

Riansyah suka mengambil gambar-gambar haiwan peliharaan ibunya.

“Kalau kami tidur, monyet-monyet pun akan tidur dalam rumah atas tilam. Cuma si Memey ni kena letak dalam kandang. Kalau tak memang kami pun tak boleh tidur, sebab dia tak nak tidur kalau tak dimasukkan dalam kandang.

“Kucing pula ada yang akan tidur dalam rumah, dan ada juga yang tidur di luar,” katanya.

Pada waktu malam Memey perlu tidur di dalam kandang.

Berkongsi perasaan mengenai videonya yang tular sehingga menarik perhatian warga maya di Malaysia, Rianshah yang meminati seni fotografi berkata dia tidak menyangka bahawa video tersebut akan mencapai satu juta tontonan dalam tempoh masa sehari.

“Saya rasa gembira, Alhamdulillah ramai orang yang terhibur dengan video Memey.

“Saya memang ada menyediakan akaun khusus untuk Memey dan untuk kucing-kucing kami, sekadar untuk menyimpan gambar-gambar mereka sebab saya memang sukakan seni fotografi,” katanya yang juga seorang peniaga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*