Tupai Sumb4t 148kg Kacang Dalam Enjin, Rupanya Dah 8 Tahun ‘Berper4ng’ Dengan Tuan Kereta

Sesiapa yang ada anak bulus dekat rumah tu, apa tabiat haiwan peliharaan korang yang paling korang tak boleh ‘brain’ sekali?

Bercakap mengenai telatah haiwan, hari ini min nak kongsikan satu cerita mengenai seekor tupai merah. Walaupun haiwan ini liar dan tak bertuan, gelagat tupai ini telah memeningkan kepala seorang lelaki di Amerika Syarikat.

Gambar Hiasan

Lapor Metro UK, selama lapan tahun, Bill Fischer sudah mencuba segala cara untuk menghentikan seekor tupai merah daripada menyumbat ruangan enjin trak pikapnya dengan kacang.

Difahamkan, perkara itu akan berlaku setiap tahun pada musim luruh sebagai persediaan si tupai untuk menghadapi musim sejuk. Menurut Fischer, selain daripada ruang enjin, haiwan terbabit turut menyumb4t kacang ke dalam pintu, rim tayar dan belakang bampar.

Akib4tnya, Fischer, 56, yang tinggal di Fargo, North Dakota, terpaksa menghabiskan masa beberapa jam untuk membuang kesemua kacang yang disumbat haiwan berkenaan.

“Saya dah ‘berper4ng’ dengan tupai ni sejak tahun 2013 lagi. Dah macam rutin pula, dia (tupai) akan penuhkan kereta saya dengan kacang dan saya akan buangnya,” katanya.

Jelas Fischer, dia sudah mencuba pelbagai cara untuk mengelakkan tupai terbabit daripada menggunakan keretanya sebagai tempat simpan makanan termasuklah menyembur campuran Tabasco dan Cayenne Pepper. Pun begitu, semuanya tak membuahkan hasil kerana si tupai masih berdeg1l.

Tahun ini, tupai terbabit berjaya memecahkan rekod tersendiri selepas menyumbat 148 kilogram kacang di dalam trak pikap milik Fischer.

“Paling banyak saya pernah buang kacang sebelum ni adalah sebanyak empat bakul tapi tahun ini, saya berjaya buang tujuh bakul kacang,” kata Fischer.

Walaupun sudah melakukan perkara itu hampir sedekad, Fischer berkata, dia pernah rasa bersalah kerana terpaksa merosakkan usaha tupai terbabit tapi kini katanya, dia harus membuka bahagian traknya hanya untuk memastikan semua kacang sudah dikeluarkan.

 

Sumber: Metro UK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*