Tiga jejaka tunjuk skil tarian tradisional, siap pasang impian ‘sepentas’ dengan Siti Nurhaliza – “Tak kisah anak muda nak menari moden, tapi…”

MACAM-macam aktiviti boleh dilakukan di rumah dan ia tetap meriah sepanjang pandemik Cov1d-19.

Tanpa memerlukan pentas yang besar, tarian tradisional secara berkumpulan juga boleh dilakukan di ruang tamu rumah.

Begitulah yang dilakukan tiga jejaka ini yang menari dengan tarian yang berasal dari Perlis, Ayam Didik dan memperoleh hampir dua juta tontonan di aplikasi TikTok.

Salah seorang daripada mereka, Abdul Fattah Abd Jalil berkata, ketiga-tiga mereka bukanlah teman serumah, sebaliknya rakan rapat semasa menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, sebelum ini.

Pemuda berusia 30 tahun itu memberitahu, dia dan dua rakan, Hasbullah Hashim, 31, dan Muhamad Firdaus Zulkifli, 29, menyertai kumpulan tari Dansawarsa, yang terdiri daripada alumni kumpulan kesenian Adikarma di bawah USM.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Selepas tamat pengajian, kami masih berminat untuk menari lagi. Saya sendiri mula berjinak-jinak semasa di sekolah menengah.

“Melalui kumpulan Dansawarsa, kami menjadi penari sambilan dan memenuhi tempahan untuk mengadakan persembahan di majlis dan kenduri kahwin,” katanya yang menetap di Jelutong, Pulau Pinang, kepada mStar.

tarian dalam rumah 6

Bersama rakan-rakan yang membuat persembahan tarian tradisional.

Menurut Fattah, video mereka menari itu dirakamkan bukan semata-mata untuk menghilangkan kebosanan ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebaliknya, mereka juga mahu menunjukkan jenis-jenis tarian tradisional dan membuktikan ia juga boleh menghiburkan pengguna-pengguna TikTok.

Jangan lupa tarian tradisional yang sangat cantik. Kalau menari di hadapan orang luar, mereka sangat kagum dan menghargainya. Sayang kalau golongan muda tak teruskan

ABDUL FATTAH ABD JALIL

“Bila kami menari tarian Ayam Didik, baru mereka tertanya-tanya tarian apa. Malah ada yang baru tahu ia adalah tarian tradisi dari Perlis.

“Selain itu, kami juga menari pelbagai tarian tradisional seperti zapin, inang termasuk tarian tradisi dari Sabah dan Sarawak,” ujarnya yang berasal dari Pontian, Johor.

tarian dalam rumah 7

Kumpulan Dansawarsa di Festival Georgetown pada 2019.

Menurut anak sulung daripada sembilan beradik ini, dia dan rakan-rakannya turut menjadi guru tari sambilan buat mereka yang berminat untuk mempelajari tarian tradisional.

“Kami juga menyertai pelbagai pertandingan, Terbaharu, saya dan rakan, Hasbullah menyertai pertandingan Seni Tari dalam Tarian anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang pada bulan lalu,” katanya sambil menambah penyertaan dibuat menerusi rakaman video oleh peserta.

tarian dalam rumah 5

Fattah (kiri) dan Hasbullah menyertai pertandingan tarian secara duo menerusi rakaman video.

Tambah Fattah, tiga kategori yang disertai mereka di mana dua daripadanya merangkul johan bagi duo tradisional dan duo kreasi baru, serta naib johan bagi solo tradisional.

“Bagi kategori solo tradisional, saya menari Zapin Melayu Johor, duo tradisional (Zapin Padang Sari) dan dua kreasi baru (Tari Timba Bersiram) yang berinspirasikan asas gerak tarian piring tetapi konsep seperti pergi mandi sambil membawa baldi,” ujarnya.

tarian dalam rumah 4

Fattah meraih naib johan bagi kategori solo tradisional dalam pertandingan anjuran JKKN Pulau Pinang.

Fattah yang bekerja dalam bidang perhotelan menyifatkan ramai yang mempunyai bakat menari di aplikasi popular itu terutama dalam kalangan anak-anak muda.

“Tak kisah anak muda nak menari moden, tapi jangan lupa tarian tradisional yang sangat cantik. Kalau menari di hadapan orang luar, mereka sangat kagum dan menghargainya.

“Sayang kalau golongan muda tak teruskan. Saya sendiri boleh menari tarian moden, tapi tarian tradisional sudah sebati dalam jiwa saya.

“Harapan saya bukan saja mahu anak-anak muda belajar tarian tradisional, malah dapat berpeluang untuk menari di pentas sama sebagai penari latar bagi persembahan lagu tradisional oleh penyanyi kesayaangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*