“Pagi nampak macam Maghrib” – Wanita ini hilang der1a penglihatan 24 hari selepas tunang, minta bakal suami cari calon isteri lain

SEMUANYA bermula apabila dia mula dem4m selama beberapa hari, namun tiada siapa menyangka bahawa sakitnya itu petanda dia sedang berdepan dengan peny4kit yang lebih serius.

Sedikit demi sedikit dia mulai kehilangan der1a penglihatannya dan semua ini berlaku 24 hari selepas dia bertunang dengan jejaka pilihan hati.

Berkongsi pengalaman hitam yang menimpa dirinya empat tahun lepas, Sara Zuliana Abd Mutalib, 30, berkata, setelah dem4mnya kebah, dia mula rasa sakit di bahagian dahi serta di dalam rongga mata terutama sekali apabila menunduk atau menggerakkan matanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Jelasnya, doktor pada mulanya menyangkakan dia mengalami migrain.

“Doktor tak pasti saya dapat jangkitan dari mana sebab saya ada pergi ke pulau, kolam renang dan air terjun dalam tempoh sebulan sebelum dem4m.

“Jadi doktor svspect kemungkinan besar saya dapat kum4n dari salah satu tempat tersebut, bukan sebab contact lens, saya jarang guna contact lens,” katanya kepada mStar.

Pada mulanya doktor menjangkakan dia terkena j4ngkitan kum4n.

Katanya, apabila sakit itu masih tidak reda, dia mendapatkan nasihat daripada doktor mata.

“Doktor cakap power mata saya makin naik jadi saya perlu pakai cermin mata dan nampak macam nak jadi ketumbit.

“Beberapa hari lepas tu saya mula nampak macam hari mendung atau gelap macam keadaan waktu Maghrib walaupun masa tu pagi.

“Mata saya kemudiannya makin tak nampak sampai satu tahap belah kiri langsung tak nampak, macam ada dinding warna kelabu, doktor letak pen depan mata pun tak nampak, fungsi mata kanan pula 70 peratus hilang,” ceritanya, yang kini menetap di Kelantan.

Mak cakap “ingat hang nak pimpin mak masa tua”, lepas tu dia terus jatuh terduduk sambil menangis.

SARA ZULIANA ABD MUTALIB

Tidak ada perkataan yang sesuai boleh menggambarkan perasaan Sara pada ketika itu terutama sekali apabila mengenangkan kedua ibu bapanya.

“Mak cakap ingat hang (kamu) nak pimpin mak masa tua, lepas tu dia terus jatuh terduduk sambil menangis.

“Tengok muka arw4h abah memang sedih sangat dan risau, saya memang rasa sedih sangat-sangat

“Masa dekat hospital abang saya cakap takpa, kalau tak boleh nampak satu mata tu, satu mata lagi kan ada, hang tetap cantik,” katanya, yang merupakan anak kedua dari lima beradik.

Sara dimasukkan ke hospital selama beberapa hari.

Jelasnya, doktor pada mulanya menyangka bahawa dia mungkin meng1dap ketumbuhan di otak.

“Masa awal masuk w4d sebelum jumpa doktor pakar dan dapat result CT Scan, doktor syak saya ada ketumbuhan di otak, masa tu saya mula fikir macam-macam.

“Bila saya jumpa seorang doktor pak4r ni dia cakap awak patut bersyukur sebab dapat nikmat melihat selama 27 tahun, ada yang baru tiga empat tahun Allah dah tarik nikmat depa (mereka).

“Masa tu saya mula reda sebab Allah tak akan uji hamba dia yang tak mampu, kalau saya menangis pun kalau Allah kata jadi akan tetap jadi,” katanya.

Keputusan CT Scan dan pemeriksaan lanjut yang dijalankan beberapa hari kemudian mengesahkan bahawa Sara sebenarnya meng1dap Optic Neuritis iaitu radang pada sar4f optiknya.

Jelasnya, dengan bantuan sepupunya dia mula membaca mengenai Optic Neuritis dan maklumat yang diperolehi membuatkan dia mula rasa yakin bahawa dia akan sembuh seperti sedia kala.

“Masa mula-mula hilang der1a penglihatan memang down sebab kita nampak semua sempurna lepas tu sekelip mata benda 50 meter pun kita tak nampak, beras depan mata pun saya tersepak.

“Saya jalan sambil meraba-raba tiang, sepupu saya Nabila yang berusia 27 tahun bantu pimpin tangan sepanjang saya tak nampak, dia suap makan, bagi mandi, jaga dekat hospital, bila adik cuti dia sambung, sampai taip WhatsApp pun mereka yang tolong.

“Masa tu saya mula terfikir macam mana kalau saya memang tak boleh sembuh? Betul ke aku akan jadi buta? Betul ke esok aku tak dapat pimpin tangan mak? Tapi lepas Google tentang peny4kit Optic Neuritis ni saya yakin saya akan sembuh,” katanya.

Sara (kiri) sebelum sakit dan (kanan) selepas selesai menjalani raw4tan.

Hikmah di sebalik apa yang berlaku ini membuatkan Sara lebih menghargai nikmat kesempurnaan yang dikurniakan Allah kepada dirinya.

Menurut Sara dia terpaksa mengambil lebih kurang 12 pek suntikan stero1d yang mengakib4tkan berat badannya naik mendadak.

Branula yang dipasang untuk membolehkan raw4tan diberikan kepada Sara.

“Sehari dua atau tiga pek stero1d saya kena ambik, nurse dan doktor ada cakap yang berat saya akan naik mendadak dan muka akan jadi bulat dan memang betul, sehari saya naik satu kilogram.

“Dari 45 berat saya terus 50 kilogram, tangan saya pun mula bengk4k sebab doktor pasang branula (tapak untuk terima ubat jenis sunt1kan) tapi selalu kena tukar tempat sebab branula yang dipasang dah tak boleh guna.

“Tangan saya dua-dua belah bengk4k, saya ingat lagi masa tu tinggal dua pek je, saya tak sanggup tukar branula sebab dah berapa kali tukar saya merayu dekat nurse jangan tukar tapi last-last kena infection jadi kena tukar juga,” katanya.

Sara pada mulanya meminta tunangnya mencari calon isteri lain yang lebih layak.

Sementara itu Sara yang baru sahaja bertunang pada masa itu berkata apa yang menimpa dirinya membuatkan dia berasa tidak layak untuk berkahwin dengan tunangnya, justeru dia mencadangkan kepada tunangnya itu untuk mencari calon isteri lain yang lebih sempurna.

“Saya dah tujuh tahun putus cinta dengan dia tapi kami kenal balik, lepas empat bulan terus tunang, 24 hari lepas tunang saya kena Optic Neuritis ni jadi saya rasa macam saya tak layak untuk dia, takkan dia nak kahwin dengan orang yang dah tak nampak?

“Saya fikir takkan dia nak jaga saya sampai tua kalau betul saya tak boleh sembuh masa tu, saya pun tak nak susahkan dia jadi lebih baik dia cari orang lain yang sempurna.

“Tapi dia tak nak, saya nampak effort dia sehari selepas masuk hospital dia datang dari Kelantan dengan mak ayah dia selama seminggu untuk tengok saya masa tu dia cakap kalau saya sembuh kami terus kahwin bulan depan walaupun dia takut nak minta izin dengan arw4h ayah untuk cepatkan tarikh,” katanya, yang kini mempunyai seorang cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*