Tak Payah Susah-Susah Naik Flight, Atlet Indonesia Ni Letak Kaki Sebelah Pagar Je Dah Dapat Ke ‘Luar Negara’

Kalau nak pergi melancong luar negara, mesti kena uruskan banyak benda kan? Passport lah, visa lah. Lagi-lagi sekarang banyak tempat dah mula terima pelancong.

Sama cerita macam atlet bola sepak perempuan dari Indonesia, Omi yang baru sahaja habis perlawanan bola sepak dan mengambil masa untuk berehat selepas permainan yang memenatkan. Dia meluangkan masa dengan bersiar-siar bersama beberapa rakan sepasukannya di sekitar Indonesia.

 

Melalui videonya di TikTok @nomihellu, dia menghiburkan ramai pengguna TikTok dengan perbuatannya yang hanya meletakkan sebelah kaki hanya di balik pagar. Macam kita tahu, Indonesia terletak berdekatan dengan Papua New Guinea dan ‘border’ antara dua negara itu hanya dipisahkan dengan pagar sahaja.

Disebabkan itu,Omi dengan selamba menyelit kakinya untuk menunjukkan yang dia telahpun tiba di Papua New Guinea. Dalam video itu, Omi siap bergurau yang dia menikm4ti perjalanannya ke negara bersebelahan Indonesia itu walaupun tak sampai sepuluh saat jejak kaki di tanah tersebut.

Video:

@nomihellu

my dad asked if i got a foot visa #indonesia #papuanewguinea

♬ original sound – omi – omi

Tidak terhenti di situ sahaja, ramai yang memberi komen yang mengatakan atlet Indonesia itu sangat beruntung kerana berjaya melepasi sempadan antara dua negara itu dengan mudah. Ada juga yang mengucapkan tahniah kerana berjaya berada di dua negara yang berbeza dalam masa yang sama.

Melalui kapsyen yang ditulis, Omi sekali lagi bergurau yang bapanya siap minta dirinya dapatkan visa untuk kakinya kerana telah masuk ke negara yang berlainan. Turut dijelaskan oleh Omi, dia telah mendapatkan kebenaran dari pengawal keselamatan di situ untuk jejakkan kaki di sempadan Papua New Guinea itu.

Komen Netizen:

Seronok betul ehh. Untungnya, admin mampu letak kaki antara negeri Selangor dengan KL je buat masa ni.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*