[VIDEO] Harris Anuar tr4uma pakai ‘towel’, risau ada tebuan sembunyi – “Doktor kata b1sa boleh sebabkan leher bengk4k dan tidak dapat bernafas”

NAMPAK kelakar tapi pelakon Harris Anuar sebenarnya berdepan maut jika lambat ke hospital bagi mendapatkan raw4tan selepas diseng4t tebuan pada Jumaat.

Menurut pemilik nama Mohammad Harris Shahrul Annuar, doktor memberitahunya bisa tebuan itu boleh menyebabkan lehernya bengk4k dan tidak dapat bernafas.

“Doktor kata saya dah stage dua dan hampir nak ke stage tiga… semalam air b1sa dah turun ke leher boleh menyebabkan bengk4k dan ses4k nafas.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

“Saya ditahan w4d sebab doktor nak monitor jantung kerana b1sa itu sudah masuk dalam d4rah menyebabkan paras dar4h menurun yang mungkin menyebabkan jantung perlahan.

“Tr4uma dah pakai towel, lepas ni memang kena check dulu sebelum guna. Risau kejadian sama berulang,” ujarnya kepada mStar.

Pada Jumaat Harris berkongsi detik cem4s disengat tebuan yang hinggap pada tuala sebelum disapu pada wajahnya.

Sebenarnya memang sakit sangat… nampak dalam video saya ketawa.

HARRIS ANUAR

PELAKON

Bagaimanapun, Harris memberitahu dia sudah dibenarkan keluar daripada pusat perubatan itu pada Sabtu.

Bercerita lanjut, Harris berkata, walaupun nampak gembira tapi dia mengakui berasa bimbang dengan keadaan yang dilaluinya itu.

Katanya, dia berkongsi foto dan video keadaannya itu bagi mengelakkan dirinya sentiasa berasa positif dan keluarga tidak risau dengan situasi itu.

Harris 1

Bengk4k di muka Harris sudah mula surut.

“Sebenarnya memang sakit sangat… nampak dalam video saya ketawa. Saya post video ketawa itu pun sebab tak nak keluarga dan rakan bimbang.

“Jadi, saya kena tunjukkan yang saya okay saja. Walaupun sebenarnya air mata jantan saya mengalir menahan kesakitan.

“Alhamdulillah, hari ini saya sudah dibenarkan pulang dan bengk4k di muka pun semakin surut,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*