Penjual Nasi Goreng Guna Robot Untuk Memasak Lepas Tangan Kiri Sukar Digerakkan Akib4t Kemal4ngan

Baru-baru ini viral di media sosial Indonesia tentang seorang penjual nasi goreng yang menggunakan alat seakan robot untuk memasak menu di gerainya.

Menurut Tribunnews, penjual itu mula mendapat perhatian netizen setelah videonya memasak menggunakan alatan tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai revan.z22.

Penjual yang dikenali sebagai Dartadi itu merupakan pemilik sebuah gerai di Malang, Jawa Timur, Indonesia. Alat yang digunakan olehnya pula difahamkan telah diperbuat daripada sejenis logam yang tidak berkarat.

Alat tersebut akan membantunya mengacau rempah ketika memasak nasi goreng kerana tangan kiri penjual itu sukar digerakkan akib4t kemal4ngan beberapa tahun lalu.

Video:

@revan.z22

#nasigoreng #fyp #xd #malang #kuliner #kulinermalang

♬ π™π™€π™™π™€π™ π™Žπ™–π™§π™ͺ⚣︎ – ᴳᡂ々𝓒π“ͺπ“­π“«π“Έπ”‚Γ—ΝœαΦŸΓ—

Yang hebatnya lagi, alat itu telah dibuat sendiri oleh Dartadi. Pemilik video yang dikenali sebagai Soleh pula berkongsi dengan Tribunnews bahawa dia sendiri memang sering membeli nasi goreng di gerai itu.

Menurut pelanggan di situ juga, rasa nasi goreng itu tak ada bezanya dengan yang dibuat dengan tangan sebab memang sedap.

Komen Netizen:

Rata-rata netizen juga memuji usaha peniaga makanan itu yang tidak menjadikannya kekurangannya sebagai halangan untuk bekerja seperti orang lain.

Sumber: Tribunnews, TikTok @revan.z22

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*