Pemuda ini hanya memb3bel sambil buat cincin, tanpa disangka dapat order dari seluruh Malaysia – “Saya masukkan emosi dalam setiap pembuatan”

CINCIN biasanya dijadikan sebagai tanda ikatan dalam sesebuah perhubungan.

Selain itu, ia juga sering dipakai sebagai aksesori pelengkap gaya bagi seseorang individu.

Di aplikasi TikTok, tular video memaparkan proses pertukangan cincin belah rotan yang dikongsi oleh seorang jejaka dari Alor Setar, Kedah.

Menurut Muhammad Hafiz Ahmad Rafii, 30, yang bekerja di sebuah kedai emas di negeri jelapang padi itu, dia secara suka-suka berkongsi video menerusi TikTok dan tak menyangka ia meraih perhatian ramai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya dah tiga tahun bekerja dalam bidang ini. Saya bekerja di sebuah kedai emas di Alor Setar. Dulu saya sekadar menjual di kedai itu, tak reti buat cincin pun.

“Pemilik kedai seorang saja yang jadi tukang. Kemudian saya mula belajar untuk repair dan polish cincin. Selepas itu baru saya mula jadi tukang cincin.

“Bos saya yang buat cincin emas. Saya hanya buat cincin perak dan saya lebih kepada cincin belah rotan. Rekaan ini agak senang dan ambil masa dalam sejam untuk disiapkan,” ujarnya kepada mStar.

hafiz2

Video dikongsi Hafiz meraih lebih 600,000 tontonan di TikTok.

Jelasnya yang mesra disapa Hafiz, dia sekadar berkongsi video di TikTok sebagai pengubat rindu selepas kedai tersebut ditutup sementara waktu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Namun katanya, dia tak sangka ia akan meraih sehingga ratusan ribu tontonan yang mana ia turut membuka pintu rezeki buat kedai tersebut.

Saya perlu menggunakan lebih 10 mesin dan alat. Bila siap tu, rasa macam masterpiece.

HAFIZ

“Saya kongsi video di TikTok untuk disimpan sebagai kenangan. Ia juga merupakan luahan hati kerana kedai emas tempat saya bekerja ditutup ketika PKP.

“Perkongsian video itu secara santai-santai saja. Sebab pelanggan pun tak dapat datang ke kedai, jadi saya kongsi video proses pembuatan cincin belah rotan.

“Saya terkejut ia tiba-tiba viral. Bila video pertama viral, saya tak tidur malam. Ramai yang bagi komen positif. Mereka kata suka dengar saya berleter.

hafiz3

Hafiz sudah tiga tahun bekerja di kedai itu.

“Pada masa sama, saya dihujani banyak mesej daripada pelanggan. Mesej masuk tak berhenti, tak menang tangan nak balas. Ramai yang nak order. Saya terima mesej dari seluruh Malaysia.

“Alhamdulillah, dapat pelanggan baharu dari TikTok. Saya bersyukur dengan rezeki ini. Saya pun tak sangka boleh buat duit melalui TikTok. Dalam masa tiga hari, tempahan bertambah di kedai tempat saya bekerja,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai kerjanya, Hafiz berkata timbul satu kepuasan selepas melihat sebentuk cincin yang dihasilkannya sendiri terletak cantik di jari pelanggan.

haifz6

Hafiz tak sangka video proses pembuatan cincin menerusi TikTok miliknya akan meraih perhatian ramai.

“Nampak macam mudah, tapi ia tak semudah yang disangka. Saya perlu menggunakan lebih 10 mesin dan alat. Bila siap tu, rasa macam masterpiece.

“Kita memang buat satu persatu dengan teliti, saya juga masukkan emosi dalam setiap pembuatan cincin. Bila pelanggan nak beli pun, saya akan tolong bagi pendapat dan cadangan.

“Saya pula masih bujang, InsyaAllah kalau kahwin boleh buat cincin sendiri. Lima hari majlis, lima cincin berbeza,” ujar Hafiz bergurau.

hafiz44

Antara cincin yang dijual di kedai tersebut.

Sebelum bekerja di kedai emas, Hafiz sebelum ini pernah bekerja di hospital dalam bahagian pendaftaran.

Selain itu, Hafiz juga pernah bekerja di panggung wayang dan turut menjual alat raw4tan tul4ng belakang sebelum menemui minatnya di kedai emas tersebut.

Sehingga kini, video yang dikongsi Hafiz menerusi TikTok miliknya meraih lebih setengah juta tontonan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*