Keturunan Jerman-melayu & ‘happy Go Lucky’, Aura Cantik Maya Karin Di Usia 42 Tahun Masih Terpesona

Terpikat dengan kecantikan semula jadi Maya Karin. Sering tampil tanpa sebarang solekan, Maya tetap kelihatan yakin dengan diri sendiri. Pemilik nama Maya Karin Roelcke ini dilahirkan pada 29 Oktober 1979 di Bayreuth, Bavaria, Jerman.

Bapanya, Gottfried Roelcke merupakan kelahiran Jerman. Sementara ibunya pula, Che Zan berasal dari Pulau Pinang. Patutlah cantik, ada darah campuran Jerman dan Melayu!

Difahamkan Maya membesar di Indonesia sehingga umur 17 tahun dan kemudian berhijrah ke Malaysia. Dia mempunyai kelulusan dalam bidang media dan pemasaran daripada Lim Kok Wing University.

Maya merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik dan dia mula aktif menceburi industri hiburan sejak tahun 2001. Lakonan mantap Maya mendapat pujian ramai terutamanya menerusi filem Pont1anak Harum Svndal Malam, Waris Jari H4ntu, Majika, Ombak Rindu dan Mun4fik 2.

Selain bergelar pelakon, nama Maya juga dikenali sebagai pengacara, model dan duta produk. Malah, Maya sebelum ini pernah menerbitkan beberapa lagu termasuk Erti Cinta dan Teka-Teki.

Selebriti ini bukan hanya cantik dan berbakat besar dalam industri seni bahkan memiliki kepakaran dalam mengusahakan sebuah perniagaan. Selain pernah terbabit dalam bidang hartanah, Maya Karin juga mempunyai bakat semula jadi dalam bidang masakan.

Lihat sahaja bagaimana dia mengendalikan bisnes Burger Bakar secara kecil-kecilan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak lama dulu, sampai berjaya membuka beberapa cawangan di Lembah Klang.

Namun, perancangan untuk mengembangkan perniagaan burger bakar tersebut ‘putus’ di tengah jalan selepas Maya mengakui ada pihak cuba mengambil kesempatan atas kejayaan itu.

Meniti usia 42 tahun, aktres jelita ini tidak sepenuhnya bergantung pendapatan terhadap pembabitannya sebagai pelakon dan penyanyi semata-mata. Sebaliknya, bintang filem Pont1anak Harum Svndal Malam ini kreatif menjana pendapatan daripada pelbagai sudut bidang.

Paling penting, tiada sedikit pun istilah malu terbit dalam dirinya untuk mencari rezeki halal. Kagum! Malah, Maya turut mended4hkan pernah berkerja di sebuah kedai kek selepas tamat zaman persekolahan suatu masa dulu.

“Jom bake kek! Me trying baking again after so many years. Antara job pertama saya, kerja kat kedai kek keju when I was 17. I dapat RM4 sejam. That was like ‘woo hoo’, better than the RM3 I earned at the book shop,” kongsi Maya di Instagram miliknya.

Bagi peminat setia dan mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan Maya Karin pasti mengetahui betapa personaliti gemar memasak, menjaga pemakanan dan menggemari ulam-ulaman serta sering menyajikan rakan-rakan dengan juadah air tangannya sendiri.

Meskipun Maya seorang wanita yang cantik dan pandai berfesyen tapi dia berjaya membuktikan wanita sepertinya juga tidak kekok berada di dapur.

Sudahlah cantik dan pandai cari duit sendiri, karakter Maya yang penyayang juga dikagumi. Maya yang merupakan aktivis alam sekitar yang cukup merendah diri dan tidak kisah pergi ke suatu destinasi walau hanya menaiki pengangkutan awam. Malah, dalam usia 40an Maya masih kekal anggun dan menawan biarpun tanpa solekan tebal di wajah.

Kredit: Instagram Maya Karin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Nona/https://www.applehijau.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*