Sekali Keluar Guna Tiga Stroller, Netizen Terpegun Lihat ‘Strvggle’ Ibu Bapa Kembar 3 Bawa Anak Keluar Jalan

Korang pernah tak ada impian untuk mempunyai anak kembar? Kalau tengok orang ada anak kembar mesti rasa best kan sebab rupa mereka yang seiras dan sering pakai baju sedondon.

Tapi korang tahu tak nak jaga anak kembar ini bukan suatu perkara yang mudah? Bagi ibu bapa yang sudah mempunyai anak, korang pasti faham struggle menjaga anak tak kira seorang, dua orang dan lebih-lebih lagi kalau ada kembar tiga!

Ibu bapa papar ‘strvggle’ jaga anak triplet 

Menerusi perkongsian TikTok @triplet.syera, dia telah memaparkan kepayahan dalam menjaga tiga orang kembar bersama suaminya.

Dalam berbagai situasi, antara situasi yang mendapat perhatian ramai ialah bagaimana ibu bapa kembar tiga ini membawa ketiga-tiga anak mereka keluar berjalan.

Menurut video tersebut, wanita ini menunjukkan suaminya mengeluarkan tiga buah stroller daripada but kereta yang mana dua daripadanya dipasangkan bersama.

Video:

@triplet.syera

Reply to @younglivingbynananazri tersangat la struggle, 😅.. doakan Ibu dan Abiy kuat utk jaga triplet ya aunty..

♬ original sound – Triplet.syera – Triplet.syera

Kemudian bapa bayi-bayi berkenaan dengan cermat akan mengeluarkan satu persatu anak-anaknya dan masukkan mereka ke dalam stroller masing-masing. Tak cukup dengan itu, bapa bayi ini juga memasukkan bantal pada setiap satu stroller anaknya itu. Wahhh terbaik! 

Setelah selesai kesemuanya, si ibu pula akan memeriksa keadaan anak sekali lagi dan barulah mereka boleh keluar berjalan-jalan. Salute lah! Relaks je pasangan suami isteri ni handle anak kembar mereka. 

“Aku sorang pun dah struggle, ni kan tiga” 

Video tersebut mendapat pujian daripada netizen yang suka melihat kegigihan ibu bapa ini dalam menjaga anak kembar tiganya itu.

Komen Netizen:

Malah ramai juga merasakan pasangan ini nampak tenang dan begitu cermat dalam menjaga anak-anak mereka. Ramai juga yang mengakui bukan mudah untuk menjaga tiga orang anak sekaligus kerana nak jaga seorang pun memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Hebatlah abang dan kakak ni! Min salute dengan dorang! 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*