[VIDEO] Abang Rider Sporting Layan Pelanggan Main ‘Ddakji’ Squid Game, Siap Dapat ‘Hadiah M1steri’ Lagi!

Rasanya rata-rata pengguna media sosial nampaknya masih lagi belum move on dengan siri popular Squid Game. Fenomena K-Drama ini begitu besar, hinggakan ramai yang menggunakan konsepnya untuk mencipta content sendiri.

Melalui laman Tiktok @adaywithjeray, lelaki ini dilihat menggunakan servis penghantaran Grab untuk memesan makanan di sebuah restoran fast food. Apabila pesanannya sampai, lelaki itu mengajak rider yang menghantar makanannya untuk bermain ddakji seperti yang kita pernah lihat dalam Squid Game.

Untuk yang tidak tahu, ddakji merupakan salah satu permainan tradisional dari Korea Selatan. Ia dibuat menggunakan kertas yang dilipat menjadi sebuah petak, dan seorang pemain akan dikira menang jika dia berjaya membuat ddakji pihak lawannya terbalik.

Melalui video berdurasi 3 minit, rider tersebut dikatakan perlu membayar sebanyak RM1000 jika dia dikalahkan oleh pemilik Tiktok itu. Sebaliknya, dia ditawarkan hadiah misteri jika berjaya mengalahkan pencabarnya. Confident tu penting!

Video:

@adaywithjeray

His reaction was funny 🤣 #squidgame #grab #grabrider #grabfood #squidgamenetflix #squidgameddakji

♬ original sound – A Day with Jeray – A Day with Jeray

Mereka berdua bermain permainan itu selama beberapa pusingan. Walaupun pada awalnya rider itu dilihat agak kekok, namun dia akhirnya berjaya menghentam ddakji pemilik video itu sehingga terbalik. Cayalah abang rider!

Rider tersebut kemudiannya menerima hadiah misteri yang dijanjikan sebelum permainan, mengandungi sekotak pelitup muka, hand sanitizer dan vitamin C. Pemilik Tiktok itu turut memberi sebiji burger kepada rider Grab yang dikatakan masih belum makan tengah hari.

Komen Netizen:

Rata-rata netizen memuji aksi sporting dari rider itu. Ada juga yang perasan baju yang dipakai kedua-dua pemain sama warna dengan ddakji pilihan mereka. Tajam je mata korang, kan?

Min yakin pemilik video ni sebenarnya memang berniat untuk bersedekah, tapi dengan cara yang kreatif. Orang kita kan baik-baik semuanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*