Dulu asyik j4tuh terlent4ng sebab kur4p tebal sangat, A-Top kini dah cantik hasil jagaan tuannya yang percaya ‘dalam rezeki kita ada rezeki orang lain’

DARIPADA seekor kucing comot, kurus serta badan dipenuhi kur4p, A-Top kini berubah wajah menjadi seekor kucing yang sangat cantik dan gebu hasil penjagaan rapi serta kasih sayang ibunya.

Bercakap kepada mStar, Norhawani Ahmad, 36 tahun berkata, dia membuat keputusan untuk menyelamatkan kucing tersebut kerana kasihan melihat keadaannya yang dipenuhi kurap dari hujung ekor sehingga kepalanya.

“Akak jumpa dia pada 21 Ogos dekat kedai runcit, masa tu dia mengiau nak ikut orang sana sini.

“Badan dia penuh kur4p dari kepala sampai hujung ekor, celah kaki dengan tangan pun sama.

“Bila dia geleng-gelengkan kepala dia akan jatuh terlent4ng ke belakang sebab kurap tebal sangat di bahagian kepala dan telinga,” katanya yang menetap di Felda Maokil, Labis, Johor Bahru, Johor.

Keadaan A-Top ketika baru ditemui.

Norhawani yang masih bujang berkata, dia kemudiannya mer4wat A-Top di rumahnya.

“Dekat rumah memang akak prepare macam-macam ubat-ubatan untuk kegunaan kucing sendiri, jadi lepas bawa balik akak rawat A-Top sendiri.

“Akak guna ub4t-ub4t yang memang sedia ada jadi kos tak ada tinggi sangat dalam RM100,” katanya yang turut mempunyai 14 ekor kucing lain.

Norhawani berkata, dia sentiasa memegang kata-kata ibunya bahawa “dalam rezeki kita ada rezeki orang lain”.

“Akak ambil dia sebab kesian tengok dia sakit lepas tu kena buang.

“Mak akak selalu cakap dalam rezeki kita ada rezeki untuk lain,” katanya.

Norhawani yang bekerja sebagai seorang kerani berkata, A-Top kini sudah sembuh sepenuhnya serta berat badannya juga kini bertambah berbanding ketika dia mula dijumpai.

“Keadaan dia dari segi fizikal sekarang dia dah fully recovered daripada kurap.

“Berat badan pun bertambah dulu masa ambil berat dia tak sampai 1 kilogram sekarang dalam 2 kilogram,” katanya.

FotoJet (6)

Keadaan terkini A-Top.

Menurut Norhawani, nama A-Top dipilih kerana rupa kucing tersebut yang seakan-akan Kak Top yang terkenal bersama seekor lagi kucing selebriti, Oh My Jep.

Sama seperti kucing lain, A-Top juga sangat aktif dan lincah, namun kata Norhawani, dia lebih mesra dengan manusia berbanding kucing lain.

245004586_566501247907429_6356095670930154794_n

Antara kucing lain yang dibela Norhawani.

“Sekarang dia memang lincah sangat terutama waktu petang.

“A-Top ni jenis manja dengan manusia tapi dia tak berapa mesra dengan kucing lain,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*