“The real layan diri!” – Lama Tunggu Order, Lelaki Terus Masuk Dapur Kedai Bancuh Air Sendiri

Sekarang Min tengok dah makin ramai yang dine-in kat restoran atau kedai makan dengan kawan-kawan lah, family lah. Meriah betul!

Bila dah mula meriah balik kedai-kedai makan dengan jumlah pelanggan yang ramai, mesti pemilik dan pelayan tak menang tangan untuk dapatkan pesanan mereka. Sibuk betul dari pagi sampai malam. Betul tak?

Tambah pula, kalau kedai itu popular dengan menunya yang sedap dan mendapat review positif dari pelanggan. Namun begitu, jika terlalu ramai yang makan di kedai makan yang sama, ia akan membuatkan orang lain tertunggu-tunggu kerana bertubi-tubi pesanan yang terpaksa diambil.

Seperti dalam video yang dikongsikan di TikTok melalui akaun @aestheticloner yang sanggup masuk ke dapur kedai untuk bancuh air sendiri. Kejadian itu dipercayai dirakam oleh kawannya yang berada di meja makan.

Video:

@aethesticloner

aku dengan barainya, tak tidur sehari, penat balik kerja, memang hyper teruk la 🤣 #fyp #viral2021 #xyzbca #tiktokmalaysia #berandatiktok #lawakmalays

♬ original sound – urlilboy – urlilboy

Menurut kapsyen yang ditulis, dia sanggup untuk masuk ke dapur kedai itu kerana telah lama menunggu pesanannya yang tak kunjung tiba. Alang-alang itu juga, dia turut bancuhkan juga air kawan-kawannya yang lain.

Di bahagian komen itu, begitu rancak yang bergurau tentang dirinya seolah-olah telah lama bekerja di situ dan ada yang memuji kegigihan dirinya yang sanggup untuk buat sendiri air minuman. Mana taknya, dah setengah jam tunggu tu!

Komen Netizen:

Dari video itu, boleh dikatakan yang perbuatan itu tidak salah untuk dibuat tetapi perlulah mendapat kebenaran juga dari pemilik kedai makan itu. Jangan melakukan perkara diluar jangkaan secara tiba-tiba, risau timbulkan rasa tidak selesa pula kepada orang lain.

Haa, korang jangan pula paksa diri kalau dah nampak kedai tu ramai orang. Nanti lambat pula order sampai..

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*