Comel! Memerang kerap singgah rumah berenang dalam kolah, nak tidur siap didodoi… kalau lapar roti canai pun layan

IBARAT sebuah kolam renang, seekor memerang kelihatan comel berenang di sebuah kolah di bilik mandi.

Menerusi siri video berasingan yang dikongsi di aplikasi TikTok, memerang tersebut lena diulit mimpi ketika didodoikan seperti bayi.

Sikap manja dan jinak yang ditunjukkan haiwan itu ketika bersama seorang gadis menarik perhatian ramai.

Bercerita kisah di sebaliknya, gadis berkenaan, Nuraina Mohd Sufian menjelaskan bahawa memerang tersebut bukan haiwan peliharaannya, sebaliknya ia datang berkeliaran dari kawasan hutan yang terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya di Tanah Merah, Kelantan.

Gadis berusia 22 tahun itu memberitahu, kebiasaannya kedatangan beberapa ekor memerang untuk singgah mandi di tong air di luar rumahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Seminggu tu tiga ke empat hari ia (memerang) datang mandi dalam tong air depan rumah. Tong tu sentiasa ada air sebb mak saya guna untuk siram bunga.

“Dan memerang tu selalu datang makan makanan kucing di tepi rumah. Dulu ada nampak tiga ekor tapi sekarang dah tinggal seekor,” katanya kepada mStar.

memerang datang rumah 3

Seekor memerang gemar bermain air.

Lebih mesra disapa Suena, kecomelan dan kejinakan haiwan itu menarik perhatiannya dan keluarga, lalu melayannya seperti haiwan belaan setiap kali ia singgah ke rumah.

“Saya dan famili memang suka binatang, kasihan dekat dia lapar dan kurang kasih sayang. Memerang ni jinak dan manja bila kita selalu bagi makan.

“Saya beri dia makan biskut, makanan kucing, ikan atau ayam. Dia paling suka makan ikan mentah dan roti canai. Lama-kelamaan dia nampak lebih jinak dan manja,” katanya.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, dia dan keluarga membela 12 kucing, empat burung dan tujuh ayam di rumah.

memerang datang rumah 2

Memerang yang diberi nama ‘Baby’ itu begitu manja dengan Suena.

Walaupun sering singgah untuk mandi di tong air di rumah luar rumah, namun kata Suena, haiwan yang diberi nama ‘Baby’ pernah ‘terlepas masuk’ mandi di bilik air.

“Selain manja, memerang ni sifatnya suka main air, ais, tempat sejuk dan gelap. Dia juga suka kacau kucing atau ayam berebut makanan.

Kalau nak haiwan ni jinak kena selalu beri makan dan jangan paksa. Bila jinak, dia akan manja dengan kita

NURAINA MOHD SUFIAN

“Selalunya ia mandi dalam tong air depan rumah atau saya isi air dalam baldi je, juga di luar rumah. Tapi suatu hari masa saya nak mandi, tiba-tiba terdengar bunyi air di bilik mandi.

“Saya terkejut bila tengok dia syok berenang dalam kolah. Dia curi masuk mandi! Itu yang saya rakam sebelum buang air tu dan diisi semula,” tambahnya.

memerang datang rumah 4

Gelagat memernag di rumah Suena.

Dalam pada itu, Suena yang bekerja sendiri sebagai terapi kecantikan dan berniaga secara dalam talian berpendapat bahawa berbuat baik kepada haiwan liar seperti memberi makanan.

“Beri makan apa yang dia boleh makan, kita berbuat baiklah dengan binatang. Tak rugi pun. Bila terjumpa, jangan mudah untuk tangkap atau pegang takut nanti kena gigit.

“Kalau nak haiwan ni jinak kena selalu beri makan dan jangan paksa. Bila jinak, dia akan manja dengan kita. Masa saya menyapu, dia gigit penyapu tak nak lepas.

“Bila terlepas dia marah, lucu sangat tapi comel. Masa dia rebut air cendol sebab nak ais, lucu je bila dia marah macam nak g1git sebab tak dapat,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*