[VIDEO] Macam pesta Deepavali depan rumah, peminat Shah Rukh Khan bersorak dengan paluan gendang sambut kepulangan ‘prince’ Aryan Khan

SAAT yang paling ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila anak aktor Bollywood terkenal Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan kembali ke rumah pada Sabtu selepas hampir sebulan ditahan di penj4ra berhubung d4kwaan kes d4dah.

Ketibaan Aryan, 24, disambut meriah dengan sorakan peminat bapanya yang berkumpul di luar kediaman mewah mereka yang diberi nama Mannat.

Bagaikan pesta menyambut perayaan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi, peminat yang hadir turut memukvl gendang dengan rentak dhol yang kebiasaannya dimainkan sebagai muzik pengiring.

Mereka juga membawa sepanduk besar, mengalu-alukan kepulangan ‘putera’ Aryan Khan namun mereka yang berkumpul di luar Mannat tidak dapat melihat wajah pemuda itu ketika keretanya masuk ke dalam rumah.

Sebelum itu, suasana di luar penjara Arthur Road juga dipenuhi dengan orang ramai sehingga anggota polis terpaksa dikerahkan untuk membuat kawalan bagi mengelak sebarang tidak diingini berlaku.

Peminat yang hadir juga cuba melihat kelibat Shah Rukh Khan namun kecewa kerana mereka tidak dapat melihat wajah superstar itu dan terpaksa mengandaikan bahawa dia berada di dalam kenderaan yang tiba untuk mengambil Aryan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Viral Bhayani (@viralbhayani)

Bagaimanapun Aryan dilihat masuk ke dalam kereta ketika pengawal peribadi Shah Rukh Khan tiba untuk mengambilnya dari penjara Arthur Road.

Pada Khamis lalu Mahk4mah Tinggi Bombay membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan.

Terdahulu, Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh Narcotics Control Bureau (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.

Menurut laporan media, NCB turut merampas 13 gram kok4in, 21 gram ch4ras (kan4bis pekat), 22 pil meth4mphet4mine, 5 gram d4dah jenis mephedr0ne dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Komen Netizen:

Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.

Lima lagi individu yang ditahan terdiri daripada Nupur Satija, Ishmeet Chadha, Mohak Jaiswal, Gomit Chopra dan Vikrant Chhokar. – HINDUSTANT TIMES

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*