[VIDEO] Rupa-rupanya Shah Rukh Khan tak balik rumah, ‘check in’ hotel sejak Aryan masuk penj4ra demi elak jumpa peminat dan media

SEJAK berita penah4nan Aryan Khan yang did4kwa terlibat dalam penyalahgunaan d4dah menjadi tumpuan ramai, rupa-rupanya bapanya yang juga aktor terkenal Bollywood Shah Rukh Khan tidak pernah pulang ke rumah.

Perkara itu dikesan selepas bintang ternama itu dilihat tiba di kediaman mewahnya yang diberi nama Mannat pada Khamis malam sebaik Mahk4mah Tinggi Bombay membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan.

Ia tentunya mengukuhkan lagi spekulasi sebelum ini bahawa Shah Rukh Khan tidak berada di Mannat sejak kes ini tercetus.

Sebaliknya dilaporkan sepanjang tempoh tersebut Shah Rukh Khan mendaftar masuk di hotel Trident Mumbai.

Tindakan itu dikatakan bagi mengelak dia ditemui pihak media dan peminat yang berkampung di hadapan Mannat setiap hari.

Bukan itu sahaja, Shah Rukh Khan juga tidak menaiki kereta BMW yang biasa dilihat namun menggunakan Hyundai Creta untuk berulang-alik.

Sementara itu, Aryan dijangka keluar dari penj4ra Arthur Road pada Sabtu pagi selepas segala proses ikat jamin diselesaikan.

Berusia 23 tahun, Aryan Khan ditahan dalam keadaan penuh kontr0versi bersama beberapa lagi orang oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) di Mumbai pada awal bulan ini. – TIMES OF INDIA

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*