Aryan Khan Dah Bebas Dari Penj4ra, Ini 4 Rutin Baharu Yang Akan Dilakukan SRK & Gauri!

Luar biasa sambutan yang diterima dari peminat pesohor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan berhubung pembebasan anak sulungnya, Aryan Khan dari penjara Arthur Road pada Sabtu.

Seperti pesta Deepavali, Aryan diraikan dengan paluan gendang, bunga api, mercun dan sorak-sorai daripada orang ramai yang berkumpul di luar penjara dan kediaman keluarga itu di Mannat.

Media sosial juga meriah dengan ucapan dari peminat mereka yang mengalu-alukan pembebasan ‘Putera Aryan’ itu.

 Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri untuk mendidik anak masing-masing. Bagi Shah Rukh dan isteri, Gauri Khan, mereka bakal melakukan beberapa perkara ini kepada Aryan kelak:

#1 Medical check up

Selepas lebih 27 hari berada di dalam penjara Arthur Road, Aryan akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin pada petang Sabtu.

Menerusi laporan Bollywoodlife, Aryan akan menjalani beberapa ujian kesihatan ekoran berjauhan dari keluarganya ketika di penjara.

Sumber mended4hkan pak4r nutrisi Aryan akan memantau pemakanannya memandangkan ibunya, Gauri risau akan makanan yang diberikan di dalam penj4ra.

Nasihat daripada pak4r nutrisi akan dipertimbangkan dan Aryan akan membuat ujian d4rah nanti.

#2 Follow up

Aryan yang baru saja dibebaskan punyai rutin wajib yang ketat harus diikutinya termasuk melaporkan diri di pejabat NCM antara pukul 11 pagi hingga 2 petang setiap hari Jumaat.

Disebabkan kontr0versi yang berlaku, Aryan berkemungkinan tidak akan keluar dari kediaman keluarganya dalam tempoh tertentu disebabkan terlalu ramai wakil media dan peminat yang berkerumun di luar kediamannya.

#3 Kaunseling

Selain daripada pemeriksaan fizikal, kesihatan ment4l Aryan juga menjadi keutamaan.

Shah Rukh dan Gauri difahamkan sedang merancang untuk mendapatkan sesi kaunseling khas kepada anak sulung mereka secepat mungkin.

Mereka juga akan memantau Aryan mengelakkan dari menghadiri parti dan acara publik.

#4 Tiada manisan

Aryan tidak dibenarkan menjamah hidangan dari luar dan hanya dibenarkan memakan makanan yang diberikan dalam penj4ra sama seperti tahanan lain.

Shah Rukh dan Gauri risau dan hampir tidak dapat melelapkan mata setiap malam memikirkan nasib anaknya.

Jadi, Gauri mengarahkan tiada sebarang manisan disediakan di Mannat sehingga anaknya keluar dari penj4ra.

Mungkin dengan pembebasan ini, keluarga itu akan menyediakan semula juadah manisan buat Aryan? Mengimbas semula, permohonan ikat jamin Aryan kali kedua dan rayuan jaminan dibawa ke Mahk4mah Tinggi Bombay pada Selasa.

Aryan ditahan bersama tujuh lain termasuk dua wanita oleh NCB di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada 3 Oktober lalu.

Menurut laporan The Times of India, NCB turut mer4mpas 13 gram kok4in, 21 gram ch4ras (kan4bis pekat), 22 pil meth4mphet4mine, 5 gram d4dah jenis mephedr0ne dan lebih 1.3 juta rupee.

Aryan ditahan di Penj4ra Arthur Road bersama rakannya, Arbaaz Merchant. Sementara dua rakannya lain iaitu Munmun Dhamecha ditahan di penj4ra wanita.

Usai pembebasan Aryan, Shah Rukh dijangka bakal kembali ke set penggambaran pada bulan hadapan.

Abe Nik harap Aryan akan belajar banyak perkara daripada apa yang telah berlaku sepanjang sebulan ini.

Sumber: BollywoodLife, Times of India

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*