Bukan Sebab Duit, Ibu Kes Tertukar Bayi Teruskan Sam4n Terhadap Sebuah Hospital Swasta

Sekitar bulan Jun lalu, tular di media sosial mengenai ins1den tertukar bayi di antara Siti Suriani dan Diana Hanani yang sekaligus menjadi tumpuan rakyat Malaysia.

Terbaru, kedua ibu tersebut dilaporkan akan terus mengambil tindakan perundangan terhadap sebuah hospital swasta berikutan tr4gedi itu.

Menafikan keputusan yang diambil mereka berdua hanyalah disebabkan oleh wang semata-mata, namun hanyalah untuk iktibar buat semua agar perkara sama tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

Perkara tersebut turut dihebahkan Siti menerusi satu sidang media ‘Bayi Yang Tertukar’ yang disiarkan secara langsung di platform Facebook dan TikTok di mana dia turut mengambil kesempatan untuk menjawab panjang lebar mengenai ins1den yang berlaku.

Kita nak jadikan ini satu mesej penting kepada masyarakat dan semua orang supaya lebih berhati-hati. Ini bukan sesuatu yang tak mungkin boleh terjadi. Saya percaya kes tertukar bayi bukan pertama kali berlaku, tapi belum lagi dibawa hingga ke mahk4mah.

Siaran media itu turut dihadiri Diana Hanani dan suami serta peguam yang mewakili mereka iaitu Tetuan Marcus Tan & Co.

Jelas Siti, tindakan untuk meneruskan tindakan undang-undang itu juga turut dipengaruhi dengan cara pihak hospital berkenaan mengendalikan ins1den berkenaan.

Dalam pada itu, dia dan Diana menafikan apa yang dilakukan pihak mereka bukanlah untuk tujuan ‘marketing’.

Bukan sebab duit, kita rasa sakit hati, anak tertukar tapi orang kata marketing. Terus terang, benda ini berlaku tanpa dirancang, tanpa sangkaan saya. Buat untuk marketing? Tidak. Saya pun tak pernah kenal dan tahu Puan Diana ini siapa tapi Allah dah takdirkan ini terjadi yang kita tak pernah sangka.

Peguam yang mewakili Siti dan Diana memaklumkan bahawa 10 November ini sebagai tarikh pengurusan kes.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://beautifulnara.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*