Setiap 5 Minit Mak Ex Telefon, Pemuda Akhirnya Relakan Jua Pergi Majlis Anaknya

Jodoh, ajal dan maut semuanya ditentukan oleh Allah SWT, setiap daripada kita ini telah dilahirkan dengan jodoh masing2, jika sudah tersurat ianya bukan jodoh kita, sekuat mana kita pegang sekali pun ianya tetap bukan hak milik kita.

Bila kita mempunyai seseorang yang disayangi, sesi perjumpaan bersama keluarga pasangan kita merupakan antara perkara yang mendebarkan bagi seorang lelaki tetapi kalau diberikan “rezeki” ibu bapa pasangan kita berkenan dengan kita itu memang perkara yang paling bahagia.

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang telah memuatnaik sebuah video yang berdurasi bebeberapa saat mengenai situasi dirinya yang telah berpisah dengan teman wanitanya tetapi pada hari perkahwinan bekas teman wanitanya itu, Ibu kepada teman wanitanya itu ingin berjumpa dengannya dan mahukan dirinya tetap hadir ke majlis mereka.

Walaupun dengan berat hati, pengguna yang dikenali sebagai @noadamki di aplikasi tik tok itu tetap menghadiri majlis perkahwinan itu kerana setiap 5 minit dihubungi oleh ibu kepada bekas teman wanitanya itu. Dia mendokan semoga mereka berbahagia selamanya walaupun bukan bersama dirinya.

Video:

@noadamki

Maybe hari terakhir kita jumpa yea… #fyp #fypシ kenduri mu, aku datang… #syukurselalu

♬ original sound – Dannyx Drew – Dannyx Drew

Bila menjengah ke ruangan komen, ramai warga net meninggalkan komen yang mereka juga menghadapi situasi yang sama dan mereka turut melakukan perkara yang sama iaitu menjaga silaturahim walaupun mereka tidak berjodohan dengan pasangan masing2. Silaturahim bersama bekas keluarga bekas pasangan masing2 tetap dijaga.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Tiktok

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*