[VIDEO] Majlis Kahwin ‘Grand’ Adik Ustazah Oki Cvri Perhatian, Sempat Kongsi Kisah Malam Pertama Tak Lena Tidur

Bagaikan puteri dan putera raja itulah yang dapat digambarkan di majlis perkahwinan adik kepada Oki Setiana Dewi iaitu Ria Ricis.

Resepsi pernikahan Ria Ricis dan Teuku Ryan telah menjadi perbualan hangat netizen apabila majlis berkenaan dikatakan telah menelan belanja jutaan ringgit. Memang another level!

Kongsi cerita malam pertama

Lebih menarik lagi apabila pasangan bahagia ini telah memberi nama pernikahan mereka sebagai ‘Halaqah Cinta Ricis Ryen Resepsi’ yang disiarkan di sebuah stesen televisyen swasta.

Dengan bertemakan cerita dongeng, mereka mengadakan majlis perkahwinan di Hotel InterContinental di Jakarta Selatan.

Pakai gaun siap ada lampu

Dekorasi mewah seperti istana megah itu menghiasi ruangan dewan berkenaan. Pasangan pengantin terbabit sempat mengenakan tiga set persalinan pakaian dan salah satunya merupakan gaun berwarna biru yang dipenuhi dengan lampu.

Lebih menarik lagi apabila mas kahwinnya 100 gram emas, 179,500,000 (anggaran RM52,687) serta satu set kelengkapan solat telah menarik perhatian netizen.

Video:

Dalam pada itu, Ria Ricis meluahkan rasa kekok ketika malam pertamanya bersama suami tersayang. Lebih-lebih lagi adik kepada Oki Setiana Dewi ini mengatakan bahawa dia tidak biasa tidur dengan orang lain.

Ya lah, biasanya saya tidur sendiri tak biasa tidur dengan orang lain.

Ujarnya lagi, dia berasa agak gementar dan tidak boleh tidur walaupun penat selepas habis majlis tersebut.

Komen Netizen:

Jadi, abang tidur cepat saya tidak tidur sampai subuh sebab tak boleh tidur, saya tak biasa. Sampai akhirnya saya terbangun dan kejutkan suami untuk bangun subuh.

Ini merupakan momen pertama mereka solat subuh bersama-sama setelah mendirikan rumah tangga.

Sumber: okecelebrity, TribunSeleb

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*