Isteri dalam pantang menjer1t cem4s satu bilik berasap gara-gara tungku usia 38 tahun, cadar dan tilam terbakar… apa suami dah buat?

LAIN yang hendak dibuat, lain yang jadi.

Seorang lelaki berdepan det1k cem4s apabila balutan kain pada tungku yang digunakan isterinya untuk raw4tan ketika berpantang selepas bersalin, terb4kar.

Keadaan yang berlaku secara tiba-tiba itu turut mengakib4tkan sebahagian kain cadar dan tilam di biliknya turut terb4kar.

Bercakap kepada mStar, lelaki berkenaan, Hisyamuddin Kamarudin berkata, kejadian berlaku di rumahnya di Bertam, Kepala Batas di Pulau Pinang, kira-kira dua minggu lalu.

Suami berusia 34 tahun itu memberitahu, ketika kejadian isterinya sedang berpantang selepas melahirkan anak keempat pada 19 Oktober.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sebelum kejadian saya ke dapur untuk panaskan tungku besi di tingkat bawah. Selama ini saya buat tak ada masalah pun.

“Lepas dipanaskan, saya bawa tungku tu dibalut dengan dua kain yang diletakkan daun mengkudu di dalamnya, ke bilik di tingkat atas dan letak atas katil.

“Saya kemudian sambung buat kerja di tingkat bawah. Tiba-tiba isteri menjer1t panggil saya dan saya bergegas naik semula dan tengok satu bilik mula berasap,” katanya ketika dihubungi.

tungku panas 2

Dua lapisan kain yang terb4kar.

Hisyammuddin atau lebih mesra disapa Hisyam berkata, dia segera mengangkat tungku yang berbalut dengan kain itu dan meletakkannya di tandas.

“Masa bungkus dua lapisan kain yang dimasukkan daun mengkudu bersama tungku, okay je. Bila saya bawa ke tandas, saya terdengar macam bunyi daun terb4kar dari dalam.

“Bila saya buka balutan kain, nampak daun mengkudu dan kain terb4kar macam bara api. Habis terb4kar kain yang balut tungku tu,” tambahnya.

tungku panas 3

Tungku besi berusia 38 tahun yang digunakan turun-temurun.

Mengakui pan1k dan terkejut kerana ins1den seumpama itu berlaku pertama kali, bapa empat anak itu bersyukur kerana tiada kejadian burvk menimpa isteri dan anaknya yang baru lahir.

“Alhamdulillah tiada yang ced3ra, anak pun tak menangis. Kejadian berlaku sebab tungku terlalu panas. Isteri mulanya pegang balutan kain okay je sebab ia ambil masa untuk terb4kar di bahagian dalam,” katanya.

Alhamdulillah tiada yang ced3ra, anak pun tak menangis. Kejadian berlaku sebab tungku terlalu panas.

HISYAMUDDIN KAMARUDIN

Perunding hartanah itu bagaimanapun mengakui kejadian berpunca daripada tungku yang digunakan isterinya untuk raw4tan ketika berpantang, dipanaskan terlalu lama di dapur.

“Biasanya sebelah bahagian tungku tu saya panaskan selama kira-kira 10 minit, dan kemudian saya terbalik untuk panaskan sebelah bahagian lagi untuk 10 minit.

“Kali ini saya terlupa sebab leka buat kerja sampai sebelah bahagian tungku saja dibiarkan atas dapur selama 30 minit. Itu yang membuatkan tungku terlalu panas,” katanya.

tungku panas 4

Hisyam merupakan perunding hartanah.

Dalam pada itu, Hisyam yang yang juga ejen jualan produk kesihatan mendedahkan tungku besi tersebut merupakan turun-temurun yang digunakan oleh ibunya sejak 38 tahun lalu.

“Sejak kakak sulung saya lahir 38 tahun dulu ke saya sehinggalah anak-anak yang pertama hingga keempat ni guna tungku yang sama. Tungku lama, tapi tak pernah bermasalah.

“Masa anak-anak pertama hingga ketiga lahir, isteri berpantang di rumah ibu saya di Tasek Gelugor di Seberang Perai. Kali ini untuk anak keempat baru berpantang di rumah kami.

“Sama ada di rumah ibu atau rumah sendiri, saya jaga isteri sebab kerja saya yang fleksibel. Cuma kalau di rumah ibu… ibu sentiasa ingatkan tungku dah panas ke, dah angkat dari dapur ke.

“Tungku tu masih boleh pakai, yang terb4kar cuma kain. Selepas ini kalau nak guna memang akan tunggu sehingga tungku dipanaskan,” katanya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*