“Kucing ni rosak ke” – [VIDEO] Netizen Cemburu Tengok Si Bulus ‘Behave’ Masa Mandi

Min pasti kat sini mesti ramai pencinta kucing, kan? Sudahlah gebu, manja, kadang-kadang banyak perangai pula tu. Itu yang buat kita lagi ger4m tu!

Tapi, sesiapa yang pernah atau sedang membela kucing mesti tahu betapa seks4nya nak mandikan si bulus ini.

Macam-macam ragam yang ditunjukkan kalau sampai masa mandi ni. Ada yang mengiau kuat, ada yang terus menggelupur lari, malah ada yang mula cak4r tuan dia balik! Haih, macam-macam caralah diorang buat nak tunjuk protes.

Yang peliknya, baru-baru ni Min terjumpa satu video di Tiktok di mana kucing ini sangat behave ketika mandi bersama tuannya.

Melalui video yang dikongsi pengguna @hanizlee itu, kucing bertompok kelabu itu dimandikan dalam sebuah besen oleh tuannya di awal pagi.

Si bulus itu dilihat langsung tidak melawan apabila disiram air ke badannya, sebaliknya hanya memandang sekeliling seperti tiada apa berlaku. Eyyy ger4m! Dah lah mata tu bulat je!

Video:

@hanizlee

Mandi mandi bushukk dah 🤣

♬ original sound – hanizlee – hanizlee

Klip tersebut tular dengan jumlah tontonan lebih 1 juta dan melebihi 200 ribu like di Tiktok.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen mula cemburu dengan kelakuan ‘sopan’ kucing tersebut dan membandingkan dengan si bulus mereka yang tak tenang setiap kali mandi. Sabar semua, sabar…

Komen Netizen:

Lebih menghiburkan, ramai pengguna lain menganggap bahawa kucing ini telah ‘rosak’ dan perlu dibaiki dengan segera. Ada yang suruh restart, ada juga yang suruh rendam dalam beras. Adoi… ingat handphone ke?

Comel gila,kan? Mesti best je dapat kucing yang behave macam ni. Macam mana sekalipun, terima dan sayangilah si bulus korang tu seadanya, okay?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*