Masih tr4uma tr4gedi dip4tuk ular senduk 50 tahun lalu… nenek 76 tahun siap ‘melompat’, sangkakan anak cucu hadiah haiwan berbisa sempena hari lahir!

SAMBUTAN ulang tahun kelahiran ke-76 warga emas ini dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak serta cucunya.

Dalam majlis ringkas yang diadakan di Alor Setar, Kedah pada 21 Oktober lalu, Hambiah Latih turut diberi kejutan kek berisi sejumlah wang tunai.

Namun, majlis tersebut bertukar gamat apabila ibu kepada sembilan cahaya mata itu seolah-olah terkejut dengan rantaian duit kertas yang ditarik keluar daripada kek berkenaan.

Menurut cucunya, Mohamad Syawal Mrzuki, 28, dia secara suka-suka berkongsi video keletah neneknya dan tidak menyangka ia meraih perhatian ramai pengguna media sosial.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sebenarnya tok (nenek) terkejut dengan rantaian duit itu kerana dia tr4uma dengan ular.

“Ketika tok sedang hamil anak kelimanya, dia pernah dipatuk ular senduk di sawah padi kira-kira 50 tahun lalu. Tok hampir kena potong kaki pada waktu itu.

“Sampai hari ni tok jadi trauma. Kalau dia nampak ular plastik yang permainan pun dia akan terkejut.

syawal4

Syawal tak sangka video dikongsinya tular di TikTok.

“Kami cucu-cucu pun tahu sejarah kisah tu. Sebab tu tok terkejut masa tarik duit tu keluar. Dia ingatkan ular, sebab tu tok terlompat sikit,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Syawal, dia juga bersyukur apabila ramai netizen turut menitipkan ucapan dan doa buat neneknya selepas video itu tular di TikTok.

Sekarang tok makin berumur, anak-anak yang lain tak bagi tok mengurut.

SYAWAL

Kata Syawal, dia sendiri terkejut apabila video berkenaan meraih perhatian ramai selepas dikongsi ke aplikasi berkenaan.

“Saya kongsi di TikTok sebab takut video tu hilang. Jadi, bila-bila saja saya boleh tonton balik di TikTok. Sepupu yang minta saya kongsi video itu di TikTok.

“Saya terharu sebab ramai doakan tok. Ramai yang beri komen positif. Tok ni jenis sporting orangnya. Dia suka kamera. Kalau ajak bergambar, dia nombor satu,” ujar Syawal berseloroh.

syawal3

Sebahagian ahli keluarga yang hadir dalam sambutan itu.

Menurut Syawal, majlis pada 21 Oktober lalu turut dihadiri ramai ahli keluarganya dan ia turut dimeriahkan dengan pelbagai jenis hidangan.

Dalam pada itu, Syawal mended4hkan neneknya pernah bekerja sebagai bidan dan tukang urut, namun aktiviti tersebut mula perlahan sejak pademik Cov1d-19 melanda.

“Alhamdulillah, tok masih lagi sihat walaupun dah berumur 78 tahun. Dulu dia urut orang bersalin dan jadi bidan juga.

syawal2

Antara hadiah yang diterima warga emas itu.

“Cuma sekarang tok makin berumur, anak-anak yang lain tak bagi tok mengurut,” ujar Syawal yang bekerja di sebuah pasar raya di Alor Setar.

Sehingga kini, video dikongsi pemuda itu meraih lebih 70,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*