Semua mirip… Selepas 7 tahun tr4gedi, wanita ini jumpa ‘kembar’ arw4h abang – “Kami selalu tengok game sepak takraw dia di TV”

KEHILANGAN seorang abang bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima oleh wanita ini, lebih-lebih lagi hubungan mereka sangat akrab.

Namun kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu menghalangnya apabila abang kesayangan m4ut dalam satu kemal4ngan jalan raya, kira-kira tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun, lima tahun selepas tr4gedi berkenaan, rindu wanita ini kepada abangnya seakan-akan terub4t apabila terlihat wajah seseorang yang mempunyai iras seperti arw4h di kaca televisyen.

Sejak itu, wanita bernama Norizh Zaidi ini mengikuti perkembangan ‘kembar’ arw4h abangnya menerusi kaca televisyen mahupun media sosial.

Gerangan lelaki yang menyerupai iras arw4h abangnya adalah bekas tekong sepak takraw kebangsaan, Mohammad Syahir Mohd Rosdi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Mula-mula adik yang perasan dulu, ketika itu sekitar 2019. Ketika pertama kali terpandang wajah Mohammad Syahir, terus terbayang arwah abang. Dari segi raut wajah, percakapan, senyuman, cara berjalan… memang mirip sangat.

“Arw4h pun sebaya Mohammad Syahir iaitu 25 tahun kalau masih hidup. Jadi saya cuba hantar pesanan menerusi DM kepadanya ketika itu namun mungkin dia tak perasan sebab atlet semestinya ramai pengikut.

“Kalau dia ada game sepak takraw, pasti kami tak ketinggalan menontonnya. Kami sekeluarga kalau boleh teringin sangat nak jumpa dia hanya kerana nak ub4ti kerinduan.

kembar 1

Suntingan yang dilakukan Norizh untuk membandingkan persamaan antara arw4h abangnya dengan Mohammad Syahir (kanan)

“Baru-baru ini, saya buat content di TikTok kerana wajah arw4h sama betul macam muka dia. Sedikit sebanyak terub4tlah rindu kami. Daripada situ, ramai pengikut yang ‘tag’ dia dan dia perasan. Dia follow saya di TikTok dan Instagram, serta berikan nombor untuk dihubungi. Alhamdulillah, penantian tiga tahun akhirnya berbaloi apabila dia respon,” ujar wanita berusia 24 tahun ini.

Menurut Norizh yang menetap di Bandar Seri Alam, Plentong, Johor, selepas mengetahui kisah arw4h abangnya, Mohammad Syahir sanggup meluangkan masanya untuk membuat panggilan video bersama keluarganya.

“Dia pun tak sangka muka arwah abang macam dia. Dia baik sangat, malah ketika saya minta izin untuk panggilnya dengan panggilan abang, dia okay saja. Terasa macam panggil abang sendiri. Dia pun panggil saya adik,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata ini.

kembar 2

Hubungan Norizh dengan arw4h abangnya terlalu akrab kerana hanya berbeza setahun.

Bercerita serba sedikit mengenai tragedi yang meragut nyawa abangnya, Muhammad Idiaz Zaidi pada 7 September 2014, Norizh berkata ketika itu arwah dalam perjalanan untuk menjamu selera bersama tiga lagi rakannya.

“Arw4h dari Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) menuju ke Kampung Melayu untuk menjamu selera. Kawannya cerita, masa sampai kedai, menu yang dia nak makan tu dah habis. Mereka pun patah balik ke kolej. Ketika dalam perjalanan itulah arw4h yang memandu hilang kawalan dan langgar divider.

“Arw4h men1nggal dunia manakala tiga lagi rakannya terselamat. Kalau imbas kembali, sebenarnya itulah kali pertama arw4h bawa kereta ke kolej sebab selalunya ibu ayah yang hantar. Tapi sebab ayah ada hal, arw4h bawa kereta pulang ke kolej.

Dia pun tak sangka muka arw4h abang macam dia. Dia baik sangat, malah ketika saya minta izin untuk panggilnya dengan panggilan abang, dia okay saja.

NORIZH ZAIDI

“Muka arw4h happy sangat sebab dia boleh drive kereta. Sebelum balik ke kolej, ibu pesan suruh hati-hati, abang anak sulung dan anak lelaki ibu seorang saja. Arw4h abang pun pesan pada saya, jaga ibu ayah dan adik-adik. Lepas dia meninggal dunia, barulah saya perasan benda ni macam berkait-kait… seolah-olah petanda.

“Saya sendiri masa tragedi tu sedang menduduki percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Memang hilang semangat… terasa macam ‘lost’,” ujar anak kedua daripada empat adik beradik ini.

kembar 3

Gambar raya terakhir keluarga Norizh bersama arwah abangnya.

Tidak menyangka perkongsiannya meraih melebihi 995,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok, Norizh bersyukur dan terharu dengan kebaikan hati netizen yang bersungguh-sungguh membantu merealisasikan hasrat keluarganya untuk dipertemukan dengan Mohammad Syahir.

“Saya juga bersyukur kerana Mohammad Syahir memberikan respon. Sudah tentu kerana bantuan netizen. Terima kasih diucapkan… Alhamdulillah usaha kami dah dimakbulkan. InsyaAllah jika ada peluang, kami mahu berjumpa dengannya pula,” katanya lagi.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*