‘Hitam Saksi Putih’, Haqiem Rusli Cipta Lagu Khas Buat Isteri Tersayang

Penyanyi popular Haqiem Rusli selamat disatukan dengan pilihan hati, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri pada 19 November lalu dengan dua kali lafaz di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Pemilik nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli telah melancarkan lagu terbarunya yang berjudul ‘Hitam Saksi Putih’ di akaun Youtube FMC Music istimewa ditujukan khas buat isterinya.

Lebih menarik lagi apabila muzik video ‘Hitam Saksi Putih’ itu dilakonkan sendiri oleh Haqiem Rusli bersama isteri tersayang.

Difahamkan, maksud hitam itu melambangkan kejahatan dan kehadiran isteri tercinta yang disifatkan sebagai warna putih yang banyak menyebarkan aura positif dalam dirinya. Haqiem turut mengakui bahawa isterinya telah banyak mengubah kehidupannya dengan memberi banyak kata-kata semangat kepada dirinya.

Lagu yang memaparkan keharmonian di dalam hubungan, di mana pasangan saling membantu untuk memutihkan hati yang hitam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas pernikahannya bersama isteri tersayang. Malah ada juga di antara mereka yang turut memuji genre muzik lagu barunya itu kerana agak berbeza daripada lagunya sebelum ini.

Komen Netizen:

Sumber : FMC Music

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*