Disangka miming ketika syok nyanyi di kenduri kahwin, pemuda kerja kampung mirip suara penyanyi Indonesia dapat rezeki terpijak… bakal masuk studio rakaman!

MEMILIKI bakat menyanyi dan bersuara merdu merupakan anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Tuhan.

Namun gara-gara suara mirip vokalis kumpulan terkenal dari Indonesia, seorang pemuda ditegur ketika menyanyikan sebuah lagu di kenduri kahwin.

“Kau pakai original sound ke ni?” kedengaran seorang lelaki menerusi video yang kini tular.

Bercakap kepada mStar, pemuda tersebut, Zulhadi Mad Rakman berkata, ketika itu dia menyanyikan lagu berjudul Aku Masih Sayang dendangan kumpulan ST12 dari negara jiran itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Anak muda berusia 19 tahun itu memberitahu, pada mulanya dia sekadar menemani seorang rakan yang menjadi DJ di majlis perkahwinan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Saya sebenarnya teman member yang jadi DJ, bukan dijemput untuk nyanyi. Tapi ada beberapa tetamu yang mengenali saya di aplikasi TikTok menyedari kehadiran saya di situ.

“Mereka tahu saya banyak buat video menyanyi lagu-lagu cover di TikTok terutama lagu Aku Masih Sayang. Mereka request saya untuk nyanyi lagu tu,” katanya ketika dihubungi.

suara macam ori 4

Hadi menganggap suaranya disamakan dengan penyanyi asal sebagai satu penghargaan.

Zulhadi atau lebih dikenali sebagai Hadi bagaimanapun menjelaskan, pemuda berusia lingkungan 30-an yang menegurnya itu tidak mengenalinya di media sosial.

“Saya tak salahkan dia ingat saya miming, mungkin dia tak mengikuti akaun TikTok saya. Sebelum dia tegur, ada seorang pakcik puji kata suara saya macam penyanyi asal.

“Ada dua pakcik lain pula di belakang saya ketika itu pula puji suara saya sedap macam vokalis kumpulan Indonesia lain,” ujarnya yang berasal dari Port Dickson.

Sama ada teguran berbentuk sindiran atau pujian, anak sulung daripada tiga beradik ini menganggapnya sebagai penghargaan apabila suaranya disamakan dengan penyanyi asal.

suara macam ori 5

Hadi berkebolehan bermain gitar.

“Kalau yang puji tu alhamdulillah sebab mereka menyamakan suara saya dengan idola. Sudah tentu saya rasa bangga sangat.

“Kalau meny1ndir atau kecam kata suara macam dibuat-buat, sebenarnya itu adalah suara saya yang sebenar,” tambahnya.

Yang puji tu alhamdulillah. Kalau meny1ndir atau kec4m kata suara macam dibuat-buat, sebenarnya itu adalah suara saya yang sebenar

ZULHADI MAD RAKMAN

Hadi yang membantu bapanya melakukan kerja-kerja kampung berkata, dia dibesarkan dengan lagu-lagu penyanyi berkumpulan dari Indonesia seperti ST12, Setia Band, Peter Pan dan Kerispatih.

“Jiwa saya lebih cenderung kepada muzik dari Indonesia. Saya paling suka single Aku Masih Sayang daripada ST12 sampai nyanyi cover lagu ni sebanyak 12 kali,” ujarnya yang turut mengagumi bakat nyanyian Tuju, salah seorang anggota kumpulan tempatan, K-Clique.

suara macam ori 3

Hadi sedia bergelar penyanyi.

Video Hadi menyanyikan lagu Aku Masih Sayang yang dirakamkan oleh rakannya di kenduri kahwin itu meraih lebih dua juta tontonan di aplikasi TikTok.

Susulan video yang tular, pemuda berkebolehan bermain gitar itu ditawarkan untuk membuat persembahan di sebuah majlis perkahwinan pada bulan depan.

“Sebelum ini saya tak pernah menyanyi lagu secara penuh di majlis kahwin dan video yang viral itu adalah yang pertama kali. Bila ada tawaran, itu adalah rezeki.

“Alhamdulillah, saya juga ditawarkan untuk merakamkan single tidak lama lagi. Saya kini sedia untuk bergelar penyanyi dengan sokongan mak dan ayah,” katanya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*